web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cipta Replika Daripada Bahan Terpakai Untuk Meriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan

Biasanya pengunjung yang melalui kawasan lapang berdekatan Masjid Muhammadiah, Tasek, akan singgah dan mengambil gambar replika itu sebelum memuat naik gambar berkenaan di platform media sosial.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 2:08PM

Tazar Alang Ibrahim, 62, menghiasi replika kereta kebal dengan dipenuhi Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat patriotik menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-65 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak mahu ketinggalan untuk bersama-sama rakyat Malaysia lain dalam memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan, seorang warga emas mengambil inisiatif mencipta pelbagai replika daripada bahan terpakai bagi menzahirkan semangat patriotik dan cintanya kepada negara.

Tazar Alang Ibrahim, 62, menggunakan bahan terpakai seperti tayar, besi dan plastik untuk membina replika kereta kebal, meriam dan helikopter berdekatan pondok jualan nasi lemaknya yang dihiasi dengan Jalur Gemilang.

Biasanya pengunjung yang melalui kawasan lapang berdekatan Masjid Muhammadiah, Tasek, akan singgah dan mengambil gambar replika itu sebelum memuat naik gambar berkenaan di platform media sosial masing-masing. 

Tahun ini, Tazar Alang Ibrahim hasilkan replika kereta kebal, meriam dan helikopter dengan menggunakan modal sendiri dan beberapa bahan terbuang seperti tayar lama, plastik dan besi - Gambar Bernama
Tahun ini, Tazar Alang Ibrahim hasilkan replika kereta kebal, meriam dan helikopter dengan menggunakan modal sendiri dan beberapa bahan terbuang seperti tayar lama, plastik dan besi - Gambar Bernama

Tazar berkata beliau terpanggil untuk menggunakan bahan terbuang dan terpakai itu untuk mencipta replika bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan kerana kaedah itu kian dilupakan pada zaman penuh kecanggihan teknologi ketika ini.

“Sejak tahun 1998 lagi, saya melakukan aktiviti ini kerana saya seronok melihat kemeriahan warna Jalur Gemilang di setiap replika ciptaan saya. Saya menggunakan ratusan bendera Malaysia dan pelbagai barang terbuang untuk menghasilkan replika ini.

“Tahun ini, saya hasilkan replika kereta kebal, meriam dan helikopter dengan menggunakan modal sendiri dan beberapa bahan terbuang seperti tayar lama, plastik dan besi,” kata bapa kepada dua orang anak itu kepada Bernama.

Tazar Alang Ibrahim seronok melihat kemeriahan warna Jalur Gemilang pada rekaannya - Gambar Bernama
Tazar Alang Ibrahim seronok melihat kemeriahan warna Jalur Gemilang pada rekaannya - Gambar Bernama

Menurutnya, biasanya beliau akan berusaha menyiap dan menghias replika rekaannya pada minggu pertama Ogos untuk dipamerkan kepada pengunjung serta masyarakat setempat.

“Selepas siap, saya akan ambil gambar untuk tatapan rakan-rakan di Facebook bagi membangkitkan kemeriahan Hari Kebangsaan. Ada yang memberi komen positif, ada juga yang datang dari Melaka, Pulau Pinang ke pondok saya untuk melihat replika tersebut,” katanya.

Beliau bagaimanapun berharap semangat patriotik dalam kalangan anak bangsa, tidak hanya dizahirkan pada bulan Kemerdekaan tetapi dalam kehidupan harian dengan memelihara hubungan sesama kaum dan bangsa sebagai rakyat Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Selamat Hari Merdeka, Malaysia! 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tol Percuma Di Lebuhraya WCE Seksyen 1 Sempena Hari Kebangsaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Puas Hati Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari