Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Demi Keredaan Dan Khidmat Di Tanah Suci, Tiga Cef Lupakan Pendapatan Lumayan

Sanggup 'turun pangkat' daripada bergelar cef profesional kepada tukang masak biasa, tiga individu berhati kental ini mengakui meninggalkan pendapatan mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bukan satu perkara mudah.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 5:13PM

(Dari kiri) Cef Bakri Ahmad, Cef Ismail Hamid dan Cef Muhamad Ramli. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meninggalkan sumber pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan bukan satu perkara mudah, apatah lagi apabila perlu merendahkan diri daripada taraf cef profesional kepada tukang masak biasa.

Namun Cef Ismail Hamid, 51, Cef Bakri Ahmad, 40-an dan Cef Muhamad Ramli, 35, bertekad memilih untuk bekerja di Tanah Suci demi mengejar keberkatan di samping beribadah.

Ismail yang digelar ‘legenda’ dalam kalangan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) berkata beliau sanggup menutup perniagaan katering di Kedah selama dua bulan, apabila diminta bertugas pada musim haji.

Sehingga kini, beliau telah berkhidmat sebanyak 21 kali di Tanah Suci sejak 1998 dan mempunyai pengalaman memasak di Arafah semasa ibadah wukuf sebanyak enam kali untuk petugas dan jemaah.

Mengakui tugas memasak di Makkah dan Madinah mempunyai cabaran tersendiri, beliau yang mempunyai kepakaran dalam masakan Melayu berkata keadaan itu tidak pernah menjadi halangan untuknya terus menawarkan diri.

“Kalau diikutkan hasil perniagaan, saya boleh dapat dalam RM80,000 sebulan dan jika dibanding dengan apa diperoleh di sini, ia sangat jauh berbeza. Tetapi itu bukanlah tujuan utama dalam hidup ini.

“Saya mula berkhidmat untuk musim haji pada 1998 dan tahun selepasnya. Tetapi pada 2010 direhatkan sekejap, kemudian bersambung semula. Dua tahun lepas semasa pendamik, rasa rindu itu tidak terkata, anak-anak dan isteri juga telah sedia maklum keinginan saya saban tahun,” katanya yang merupakan bapa kepada dua anak.

Menceritakan pengalaman memasak di Arafah, Ismail berkata ia adalah kemuncak kepada setiap tukang masak yang bertugas musim haji kerana bukan sahaja perlu cekap, tetapi juga akan melalui suasana memasak menggunakan dapur kayu ketika sedang memakai ihram.

Ketika ditanya pemilihan resipi, beliau yang sentiasa merendah diri berkata selain rezeki dan ketentuan Allah, pengalamannya memasak dalam jadual yang padat memberi sedikit kelebihan, apatah lagi petugas dan jemaah sentiasa berpuas hati dengan makanan yang disediakan.

“Kali ini saya bersama Cef Bakri dan Cef Mohamad ditugaskan untuk menyediakan makanan petugas kira-kira 500 orang. Ia agak mudah berbanding tahun sebelum ini kerana jumlah yang tidak ramai. 

“Sebelum ini saya pernah bertugas di hotel terkemuka, bersama TH selama 17 tahun dan mula berniaga sendiri sejak 2010. Tekad saya...jika ada keperluan tenaga dan keupayaan, insya-Allah saya akan datang, biarpun sampai kena ‘merangkak’,” katanya.

Sementara itu, Bakri yang berkesempatan bertugas sebanyak 10 kali pada musim haji bermula 2013 berkata pengalaman memasak di Tanah Suci tiada tandingannya kerana selain perlu cepat dan bersih, tukang masak perlu sentiasa bersedia apabila dihantar ke Arafah yang mempunyai cuaca panas luar biasa.

Katanya, menerusi pengalaman itu hanya dua kali sahaja iaitu pada 2014 dan 2019 beliau dihantar ke Arafah dan ia mencipta pengalaman baharu meskipun melalui kepayahan memasak dengan dapur kayu ketika dalam larangan ihram dan mengerjakan ibadah haji.

Bakri yang mengusahakan Restoran Nasi Arab Kaki Gunung di Langkawi, Kedah turut meninggalkan perniagaannya seketika dan tidak memikirkan tentang ‘kehilangan’ puluhan ribu ringgit demi memasak untuk petugas TH kali ini.

“Saya memang tak pernah memasak dengan dapur kayu. Memang mencabar pada masa itu dengan cuaca melebihi 50 darjah Celcius. Dalam segala kepayahan yang pernah dilalui saya sentiasa bersyukur kerana diberi peluang ke Makkah.

“Bukan sahaja datang untuk berkhidmat...tak ternilai hikmah yang dianugerah Allah,” katanya yang turut mempunyai kepakaran dalam masakan barat dan pastri.

Sementara itu, Muhamad berkata pemilihannya untuk bertugas pertama kali di Tanah Suci adalah momen terindah dalam kerjayanya selama 14 tahun, meskipun terpaksa bercuti selama dua bulan sebagai Cef Eksekutif di sebuah hotel terkemuka. 

“Saya pernah memohon bertugas untuk musim haji pada 2019 dan dapat panggilan pada 2020 tetapi dibatalkan sebab pandemik. Sekali lagi pada 2021 pun sama juga, tak dapat nak pergi. Alhamdullillah kali ini terpilih dan cukup berbangga kerana dapat bertugas bersama Cef Ismail yang banyak pengalaman.

“Jika setiap tahun dipanggil untuk ke Tanah Suci, insya-Allah saya akan sahut. Memang seronok bekerja bersama pasukan ini...ada keserasian dan saling bantu-membantu tanpa mengangkat diri siapa yang lebih hebat,” katanya yang mempunyai kepakaran dalam masakan Cina.

Setiap hari, kesemua cef akan mula bertungkus lumus di dapur seawal pukul 3 pagi dan berehat seketika antara pukul 12 tengah hari sebelum menyambung semula tugasan sehingga malam. Mereka turut dibantu oleh dua lagi petugas rakyat tempatan.

Bagi mengekalkan masakan yang mempunyai citarasa Malaysia, kebanyakan bahan seperti rempah-ratus akan dibawa dari tanah air dan rata-rata petugas memberi maklum balas positif terhadap setiap makanan yang dihidangkan seperti nasi ayam, nasi beriani, bihun sup dan lauk-pauk kampung. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Noda: 263 Individu Ditahan Di Ibu Kota

2

2 bulan yang lalu

Dividen Tabung Haji Bakal Diumum April Ini - Mohd Naim

3

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Raya Mengejut, Tunku Azizah 'Bersengkang Mata' Masak Juadah

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Abdul Rashid Hussain Dilantik Pengerusi Lembaga TH 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 16 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran