Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kuat Kuasa Peraturan Untuk Ambil Tindakan Terhadap Pengabaian Haiwan

Kod Amalan Kebajikan Haiwan (KAKH) sebelum ini tidak terikat dengan undang-undang untuk diambil tindakan tetapi hanya sebagai garis panduan untuk pemilik haiwan dalam perihal kebajikan haiwan.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2022 5:22PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa peraturan di bawah Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2021-2030 termasuk berkaitan pemilikan haiwan bakal dikuatkuasakan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap mereka yang mengabaikan haiwan milikan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata Kod Amalan Kebajikan Haiwan (KAKH) sebelum ini tidak mempunyai 'legal binding' atau tidak terikat dengan undang-undang untuk diambil tindakan tetapi hanya sebagai garis panduan untuk pemilik haiwan dalam perihal kebajikan haiwan.

Di bawah peraturan pemilikan haiwan yang bakal dikuatkuasakan kelak, pemilik haiwan boleh diambil tindakan undang-undang sekiranya didapati mengabaikan haiwan milikan mereka termasuk membuang haiwan itu di mana-mana lokasi, katanya.

Gambar Hiasan, Bernama
Gambar Hiasan, Bernama

"Kalau mereka (pemilik haiwan) langgar KAKH yang kita gariskan, kita tidak boleh buat apa-apa. Tetapi dengan peraturan-peraturan yang dikuat kuasa, jika ada aduan kita boleh ambil tindakan undang-undang ke atas mereka," katanya kepada Bernama di sini.

Pelan Strategik Kebajikan Haiwan 2021-2030 dilancarkan pada April lepas antara lain menggariskan strategi bagi memperkukuhkan penguatkuasaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan lain-lain perundangan berkaitan, serta pembangunan berterusan untuk memperkukuhkan kebajikan dan kesejahteraan haiwan.

Norlizan berkata Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2021-2030 itu merupakan kesinambungan daripada dasar dan Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2012-2020 yang telah pun berakhir.

"Perancangan pembangunan kebajikan haiwan perlu diteruskan untuk memastikan kebajikan haiwan dapat diterap secara berterusan kepada setiap golongan masyarakat di negara ini bermula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak," katanya.

Mengenai pencapaian Pelan Strategik Kebajikan Haiwan Kebangsaan 2012-2020, Norlizan berkata penguatkuasaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 di negara ini bermula 1 Julai 2017 adalah lambang kejayaan yang dicapai melalui pelan tersebut.

Gambar Hiasan, Gambar Fail
Gambar Hiasan, Gambar Fail

"Tanpa akta ini, pembangunan kebajikan yang lain sukar dilaksanakan kerana elemen utama dalam sesuatu pembangunan perlu ada peruntukan perundangan yang khusus dan arahan pelaksanaan secara mandatori daripada peruntukan perundangan.

"Aktiviti kawal selia, siasatan dan pendakwaan kes, contohnya memerlukan peruntukan perundangan bagi tujuan melaksanakan aktiviti tersebut," katanya.

Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerima banyak aduan mengenai kes pengabaian dan penganiayaan terhadap haiwan iaitu 768 aduan pada 2020 dan meningkat kepada 1,249 pada tahun lepas, dengan peningkatan ketara diterima bagi aduan melibatkan anjing, kucing, kuda, lembu dan haiwan eksotik.

Untuk tiga bulan pertama tahun ini, DVS telah menerima 298 aduan.

"Dulu orang tidak berapa kisah tentang pengabaian haiwan, tetapi kini bila sudah ada kesedaran (masyarakat) dan ada saluran untuk melaporkan, ada pula akta yang boleh digunakan, maka secara tidak langsung bertambah juga jumlah aduan yang kami terima," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 20 jam yang lalu

Dia Pun Nak Beraya Jugak

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Perlu Wujud Akta Baharu Berkaitan Kemudaratan Jenayah Dalam Talian - Fahmi

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Fenomena Kepala Air, Sudah Tiba Pelan Holistik Dilaksana 

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Islam Perintah Kasihi Haiwan, Ia Adalah Ibadah Kepada Allah

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki