web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Berkenan Lancar Al-Quran Dan Terjemahan Bahasa Cina

Penggunaan Bahasa Cina dalam mushaf tersebut mudah difahami atas usaha pemurnian dan pembaikan oleh Jawatankuasa Lajnah Terjemahan Bahasa Cina Yayasan Restu berbanding terjemahan asalnya.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2022 2:30PM

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tengah) bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua, kanan) berkenan melawat ke tapak pameran pada Majlis Pelancaran Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Bahasa Cina. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Al-Quran Al-Karim dan Terjemahan Bahasa Cina yang diusaha dan diterbitkan oleh Yayasan Restu di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor semalam.

Turut berkenan berangkat Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Pada majlis yang sama, baginda berdua turut berkenan meninjau ruang galeri pameran kesenian Islam di kompleks tersebut.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu Datuk Abdul Latiff Mirasa dalam sembah ucapannya berkata Al-Quran dan Terjemahan Bahasa Cina, lengkap 30 juzuk itu mempunyai lebih 2,000 nota kaki bagi memberi penjelasan dan huraian kepada maksud ayat.

Beliau berkata penggunaan Bahasa Cina dalam mushaf tersebut mudah difahami atas usaha pemurnian dan pembaikan oleh Jawatankuasa Lajnah Terjemahan Bahasa Cina Yayasan Restu berbanding terjemahan asalnya.  

“Istilah Islam dalam mushaf ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam khususnya dari segi akidah. Al-Quran terjemahan ini telah mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Kawalan Dan Penerbitan Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri.

“Bagi memudahkan pembaca, setiap kalimah yang merujuk kepada Allah SWT menggunakan warna merah, manakala yang merujuk kepada Nabi Muhammad SAW menggunakan warna hijau,” katanya.

Katanya usaha penerbitan al-Quran dan terjemahan selama enam tahun itu didukungi Yayasan Restu dan Persatuan Cina Muslim Malaysia, dimulakan dengan pelancaran juzuk ‘Amma dan surah-surah pilihan serta terjemahannya dalam Bahasa Cina serta pemasyhuran Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor oleh Sultan Sharafuddin pada 28 Mei 2016.

Abdul Latiff berkata Yayasan Restu juga sedang berusaha mencari dana sebanyak RM4 juta bagi mencetak sebanyak 50,000 naskhah mushaf al-Quran tersebut. 

“Percetakan dilaksana secara berperingkat bermula dengan cetakan pertama sebanyak 5,000 naskhah. Cetakan seterusnya dilaksanakan bergantung kepada dana yang diperoleh. 

“Bagi memastikan kejayaannya, sokongan moral dan material daripada semua pihak amatlah diperlukan. Ia juga sebahagian daripada langkah dalam usaha memberikan nafas baharu bidang al-Quran dan memperkayakan kesenian Islam di Malaysia,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Siew Ki, Ronnie Liu, Datang Seminggu Sekali Hayati Makna Rukun Negara’ - Sultan Sharafuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

'Tiada Siapa Kaya Dalam Politik Melainkan Penyangak’ - Petikan Dikongsi Sultan Selangor Tarik Perhatian Ramai

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Mahu Orang Melayu Ambil Jalan Perpaduan, Kukuh Keharmonian Sesama Masyarakat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik