web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penglibatan Artis Dalam Aktiviti Kemanusiaan, Dapat Salur Maklumat Tepat

Bukan semata-mata hanya untuk promosi, rakan artis dan pempengaruh yang menjadi ikon persatuan kemanusiaan dapat menjadi bukti wang derma sampai kepada tujuan asal dan pihak sepatutnya.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2022 4:02PM

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman menerima replika cek bernilai RM25,000 sumbangan Yayasan Min Qalby yang disampaikan oleh Shazrina Azman (Mizz Nina). Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemilihan rakan artis dan pempengaruh media sosial sebagai ikon sesebuah persatuan kemanusiaan bukan semata-mata untuk tujuan promosi tetapi sebagai satu daripada cara untuk membuktikan wang derma yang disalurkan sampai kepada tujuan asal dan pihak yang ingin dibantu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM) Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman berkata kaedah tersebut turut dilaksanakan persatuannya yang ditubuhkan pada 2013 di Mafraq, Jordan bagi meyakinkan masyarakat tentang ketelusan pihaknya membelanjakan wang yang didermakan dengan ikon itu sendiri akan menyiarkan siri bantuan yang disertai mereka di platform media sosial masing-masing.

Ikon CSM dibarisi nama besar dalam industri muzik tanah air antaranya Ahmad Faizal Mohammad Tahir (Faizal Tahir), Mohammad Noh Salleh (Noh Salleh) dan Shazrina Azman (Mizz Nina).

Menurut Ahmad Musa kesemua ikon tersebut tidak ditanggung perbelanjaan mereka oleh badan bukan kerajaan (NGO) tersebut ketika menyertai misi menyalurkan bantuan khususnya kepada pelarian Syria, bagi memastikan duit hasil derma itu benar-benar sampai kepada mereka.

"Ikon-ikon ini pergi menyerahkan bantuan dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk tiket penerbangan. Ikon kita tidak dibayar kerana semua pergi dengan niat menjadi sukarelawan dan datang untuk sama-sama bekerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman (lima, kanan) bersama ikon CSM pada Majlis Iftar Nur Kasih Cinta Syaria Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Syria Malaysia (CSM), Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman (lima, kanan) bersama ikon CSM pada Majlis Iftar Nur Kasih Cinta Syaria Malaysia

"Kami mahu duit sumbangan itu khususnya dari rakyat Malaysia ini betul-betul digunakan untuk keperluan pendidikan dan kebajikan pelarian Syria ini," katanya pada Bernama selepas Majlis Iftar Nur Kasih CSM di sini, malam tadi.

Ahmad Musa berkata sehingga kini kira-kira RM5 juta duit sumbangan yang dikhususkan untuk pendidikan anak-anak Syria telah disalurkan kepada pelarian Syria di Jordan dan Malaysia serta di negara itu sendiri sejak ia ditubuhkan.

Sehingga kini, lebih kurang 5,000 anak-anak Syria telah dibantu bagi meneruskan pendidikan di Sekolah KITA yang dibangunkan CSM di Syria, Jordan dan Bangi, Selangor.

Ahmad Musa berkata pihaknya juga turut menggunakan sepenuhnya platform media sosial antaranya Facebook CSM dalam memaklumkan pemberian sumbangan kepada rakyat Syria dengan menerbitkan video dokumentari perjalanan ketika melakukan aktiviti kesukarelawan sebagai jurnal harian mereka.

Di samping itu, pihaknya juga kini dalam proses untuk melaksanakan audit dalaman dalam masa terdekat yang akan dilaksanakan oleh pihak luar walaupun perkara itu tidak diwajibkan kepada NGO dalam memberi keyakinan pada masyarakat, ketelusan mereka membelanjakan wang yang disumbangkan.

CSM yang sebelum ini dikenali sebagai Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ) yang  didaftarkan secara rasmi sebagai NGO pada 2014 itu telah memulakan aktiviti sukarelawan membantu pelarian Syria di Jordan, Turki, Lebanon dan Malaysia khususnya dalam bidang pendidikan.

Mereka yang berminat membantu anak-anak pelarian Syria mendapat pendidikan yang teratur boleh menderma menerusi akaun Maybank 562834640983 ataupun melayari www.cintasyriamalaysia.com. - Bernama

Gambar: Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Erysha Emyra Jawab Isu Berlakon Jadi Kekasih Abang Ipar Tiri   

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN