web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kempen ‘Bermula Dari Hati’ Membantu Komuniti Yang Memerlukan

Walaupun negara kita kian kembali normal, ramai yang masih bergelut akibat wabak COVID-19 dan memerlukan bantuan.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2022 8:54AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hijrah, salah satu jenama krimer manisan di Malaysia telah bekerjasama dengan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Titipan Kasih, untuk kempen ‘Bermula Dari Hati’ yang bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai orang melakukan perbuatan baik walaupun dalam waktu yang sukar ini. 

Mereka berharap kerjasama ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk beramal dan menjadi versi terbaik diri mereka, terutama pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Bagi umat Islam, Ramadan adalah masa untuk refleksi diri dan pertumbuhan rohani sambil mengeratkan silaturahim dengan ahli keluarga dan sahabat-handai. Namun, tidak semua orang  mampu menikmati Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Ada yang terpaksa berhadapan dengan perubahan hidup yang kurang menyenangkan akibat pandemik sambil menyesuaikan diri dengan norma baharu. Hijrah menyedari keperluan untuk membuat perubahan dan juga untuk meredakan kebimbangan masyarakat. 

Oleh itu, jenama yang dimiliki oleh Kumpulan Etika ini bersedia untuk melakukan lebih daripada sekadar menyediakan krimer kegemaran rakyat Malaysia.

Atas rasa tanggungjawab, mereka juga akan berbakti kembali kepada masyarakat melalui amal jariah. Hijrah berharap dapat berganding bahu dengan orang ramai untuk membantu golongan kurang berkemampuan sekali gus mendatangkan perubahan dalam kehidupan mereka.

“Walaupun negara kita kian kembali normal, ramai yang masih bergelut akibat wabak COVID-19. Hijrah menyedari kepentingan usaha daripada semua pihak untuk mengharungi pandemik ini dan oleh sebab itu, kami memutuskan untuk menganjurkan kempen ‘Bermula Dari Hati’.

“Kami berharap kempen ini akan mengingatkan rakyat Malaysia bahawa mereka tidak bersendirian dalam pertempuran ini. Kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk menyertai kami dalam kempen ini sambil berusaha menjadi versi terbaik diri sendiri setiap hari,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etika (Malaysia, Singapura dan Brunei), Santharuban Thurai Sundaram.

Sempena bulan Ramadan kali ini, Hijrah dan Titipan Kasih telah menghubungi Ketua Kampung, Kampung Rinching Hilir untuk mengagihkan sehingga 150 ‘Kotak Rezeki’ khususnya kepada golongan anak yatim, ibu tunggal dan keluarga miskin.

Selain itu, Hijrah dan Titipan Kasih juga menganjurkan rombongan membeli-belah untuk golongan kurang berkemampuan membeli kelengkapan raya serta melakukan pengagihan ‘Kotak Rezeki’ dan sumbangan wang tunai kepada keluarga asnaf.

Marilah kita memulakan perjalanan untuk menjadi insan yang lebih mulia sambil menyambut bulan Ramadan dan sama-samalah kita berkongsi rezeki yang ada dengan golongan yang memerlukan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Hijrah, sila layari laman Facebook HjrahMY. - Getaran, 22 April 2022

Berita Berkaitan

1

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peruntukan Tambahan RM1 Juta Tabung Kasih@HAWANA Terus Bela Kebajikan Wartawan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN