web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Artisan Libya Giat Baik Pulih Quran Sempena Ramadan

Kos membeli al-Quran meningkat di negara bergolak Libya, menyebabkan lebih ramai memilih untuk membaik pulih Quran lama.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 9:07AM

Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketibaan bulan Ramadan bagi sekumpulan sukarelawan pembaik pulih al-Quran di negara bergolak Libya, menandakan mereka akan mula sibuk merestorasi kitab-kitab lama atau rosak. 

Khaled al-Drebi, antara artisan pembaik pulih terbaik di Libya akan ke bengkelnya di Tripoli setiap hari demi memenuhi permintaan pelanggan Ramadan ini.

Artisan baik pulih al-Quran Libya, Khaled al-Drebi sedang membaik pulih Quran lama di bengkelnya di Tripoli. - AFP
Artisan baik pulih al-Quran Libya, Khaled al-Drebi sedang membaik pulih Quran lama di bengkelnya di Tripoli. - AFP

Seperti yang kita maklum, bulan Ramadan sering dikaitkan dengan aktiviti kerohanian dan kebajikan. Memandangkan ia amat digalakkan pada bulan mulia ini, maka tidak hairanlah permintaan Quran turut meningkat. 

“Selalunya permintaan Quran baharu akan meningkat sebelum Ramadan namun keadaannya berbeza kali ini di Libya,” kata Drebi kepada AFP. 

Tradisi itu terhenti kerana harga Quran dikatakan meningkat tahun ini memandangkan kerajaan 'tidak lagi mencetak' Quran baharu di Libya.

Negara di Afrika Utara ini telah berdepan konflik sejak lebih sedekad lalu, sekaligus melumpuhkan pentadbiran dan ekonomi negara yang kaya dengan minyak ini. 

“Kos membeli al-Quran telah meningkat, maka lebih ramai memilih untuk membaik pulih Quran lama,” kata Drebi. 

Al-Quran baharu selalunya berharga 20 dolar, bergantung kepada cara ia dijilid. Namun, bengkel Drebi hanya mengenakan caj beberapa dolar sahaja untuk membaik pulih Quran lama. 

 

Kegembiraan Luar Biasa

Harga bukan satu-satunya faktor penyebab meningkatnya permintaan ini. Quran lama ternyata punya nilai sentimentalnya yang tersendiri. 

“Quran lama seolah ada hubungan kerohanian dengan sesetengah pelanggan kami,” kata Drebi. Tambahnya lagi, ramai yang memilih untuk membaik pulih Quran yang diwarisi daripada ahli keluarga. “Ada yang kata Quran ini baunya seperti datuk, nenek atau ibu bapa mereka.”

Sementara itu, di sebuah bilik di belakang bengkel, Abdel Razzaq al-Aroussi sedang mengasing-asingkan Quran mengikut tahap kerosakannya. 

“Proses membaik pulih Quran dengan kerosakan minimal mengambil masa kurang daripada satu jam, tetapi untuk Quran yang rosak teruk, mungkin dua jam atau lebih,” kata Aroussi. 

Quran itu perlu, “dileraikan, dibaik pulih dan dijilid semula,” tambahnya. Proses rumit itu memerlukan masa serta konsentrasi yang tinggi. 

Menurut penyelia bengkel, Mabrouk al-Amin, proses membaik pulih ini memerlukan sekumpulan artisan yang berpengalaman. 

“Mencantikkan kitab Allah adalah satu pekerjaan yang menyeronokkan dan tidak membosankan. Kami merasakan satu kepuasan yang tidak terungkap dengan kata-kata,” katanya.

Jelas artisan itu, sejak bengkel ini dibuka pada 2008, lebih kurang setengah juta al-Quran telah dibaik pulih. Selain itu, lebih 1,500 pelatih telah berjaya menamatkan latihan dari 150 bengkel membaik pulih. 

 

Pekerja baik pulih wanita

Wanita turut tidak ketinggalan dalam kerja-kerja membaik pulih Quran secara sukarela ini. 

“Semakin ramai wanita yang dilatih untuk membaik pulih Quran dan ada antara mereka yang mempunyai bengkel sendiri,” kata Drebi.

Malah, seorang artisan pembaik pulih, Khadija Mahmoud, telah berjaya melatih wanita cacat penglihatan untuk merestorasi al-Quran.

“Jika bukan kerana wanita-wanita hebat ini, tidak mungkin kami mampu melakukannya,” tambah Drebi. 

Bagi Mahmoud yang melatih artisan wanita di sebuah bengkel di Zawiya, 45km di selatan Tripoli, kewujudan bengkel membaik pulih Quran yang dikendalikan oleh wanita membolehkan artisan bekerja dengan lebih selesa. 

Tambahnya lagi, kerja-kerja membaik pulih ini membantu mereka mengisi masa terluang dengan melakukan sesuatu yang bermanfaat. 

“Ramai pelatih dan artisan membaik pulih ini terdiri daripada pesara,” katanya. “Bagi mereka, tiada yang lebih membahagiakan selain menghabiskan masa dengan kitab suci Al-Quran.” - AFP 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Banjir: Libya Siasat Punca Empangan Pecah, Dakwa Mereka Yang Cuai

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Lebih 11,000 Maut Akibat Banjir Di Libya - PBB

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Kematian Akibat Banjir Dijangka Cecah 20,000 Di Derna, Libya

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN