web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sudah Ganti Puasa? Nanti Kena Bayar Fidyah

Kurang sebulan sebelum Ramadan, sudahkah anda selesai menggantikan puasa? Jika tidak sempat, ada ‘dendanya.’

Refleksi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2021 8:45AM

Gambar: Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramadan tahun ini akan bermula pada 13 April hadapan. Sudahkah anda mengganti puasa tahun lalu? Atau anda masih berhutang puasa tahun-tahun terdahulu?

Kalau masih belum berganti, jangan berlengah-lengah lagi. Sebabnya kalau tidak diganti sebelum Ramadan ini, anda perlu bayar fidyah. 

Tahu tak apa itu fidyah? Fidyah adalah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. 

Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti sebelum Ramadan tahun berikutnya.

Hukum membayar fidyah ini adalah wajib di mana ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

Jadi, tiada konsep puasa akan berganda jumlahnya jika ia sudah bertahun-tahun tidak diganti. Jangan terkeliru. Anda perlu ganti puasa dan wajib juga bayar fidyah.

Kadar bayaran fidyah ini pula berubah-ubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pihak berwajib di setiap negeri. 

Pengiraan kadar fidyah pula berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk sesebuah negara). 

Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Siapa yang wajib bayar Fidyah?

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali. Fidyah boleh dibayar bermula masuknya Ramadan tahun semasa.

2. Wanita hamil 

Wanita hamil dibolehkan tidak berpuasa sekiranya ia boleh menjejaskan keselamatan kandungan seperti berlaku keguguran. Golongan ini wajib membayar fidyah sebaik habis Ramadan pada tahun yang sama dan juga menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. 

3. Ibu yang menyusukan anak

Dengan syarat ibu berasa bimbang akan ia boleh memudaratkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka dia boleh menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-waris mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.

5. Musafir dan pesakit yang tidak menggantikan puasa pada tahun ia ditinggalkan

Musafir dan pesakit yang tidak menggantikan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengganti puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah ke Ramadan tahun berikutnya perlu membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Kadar Fidyah

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah secupak beras. Majlis Agama Islam Selangor contohnya menetapkan kadar RM1.80 untuk secupak beras pada 2020, sementara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019, menetapkan kadar RM4.00 untuk secupak beras. 

Pengiraan Fidyah

Di Malaysia bayaran fidyah dilaksanakan melalui agensi yang sudah dilantik iaitu Pusat Zakat di negeri masing-masing. Berikut adalah kiraan fidyah di Malaysia.

1) Kadar Fidyah 

2) Bilangan Hari Tidak Puasa

3) Bilangan Tahun (tahun gandaan)

Formula mudahnya – (Kadar Fidyah*) X (Bilangan Hari Tidak Puasa) X (Bilangan Tahun)

*Mengikut ketetapan negeri masing-masing.

Menyentuh tentang konsep gandaan yang dikatakan perlu dibayar, ia sebenarnya bergantung kepada tahap kemampuan seseorang individu itu. Jika mampu, bolehlah membayar fidyah mengikut gandaan. Jika tidak mampu, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut.

Jika masih ragu-ragu boleh gunakan kalkulator online yang disediakan oleh Pusat Pungutan Zakat negeri masing-masing seperti:

- Getaran, 19 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 bulan yang lalu

24,761 Calon UPKK 2025 Dapat 9A

2

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Rakyat Manfaat SARA Untuk Persiapan Tahun Baharu Cina, Ramadan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN