web statsweb stats

Berita Terkini

11 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tengah Hari Tanpa Bayang Di KL, Putrajaya, Shah Alam Hari Ini - MOSTI

Hari ini! Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam akan mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 1:12PM

Gambar Hiasan, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam hari ini akan mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang. 

Fenomena itu akan dapat dialami penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 1.19 tengah hari manakala di Shah Alam pada 1.20 tengah hari.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba berkata beliau mahu seluruh Keluarga Malaysia menghayati fenomena itu.

“Orang ramai digalakkan keluar rumah lebih awal untuk memerhatikan perubahan bayang-bayang sendiri atau bayang-bayang objek-objek lain di sekitar kawasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Fenomena itu digelar sedemikian kerana pada waktu tengah hari, matahari akan berada tepat di atas kepala setiap orang di atas sepanjang garisan khatulistiwa menyebabkan bayang kepala dan badan akan terjatuh ke tapak kaki seolah-olah tiada bayang yang jatuh ke bumi.

Menurut kenyataan itu, Malaysia mula mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang  semenjak Rabu lepas (23 Mac) di bandar-bandar di Sarawak iaitu Serian, Sri Aman dan Betong serta Kukup di Johor. 

Negara akan terus mengalami fenomena Tengah Hari Tanpa Bayang diikuti bandar-bandar lain pada tarikh berikutnya sehinggalah ke bandar terakhir iaitu Kudat dan Jambongan di Sabah pada 7 April.

Fenomena itu merupakan susulan daripada Peristiwa Ekuinoks yang berlaku pada Isnin lepas (21 Mac) apabila matahari berada tepat di atas garisan khatulistiwa.

Semasa Peristiwa Ekuinoks, seluruh dunia mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam selain turut menandakan bermulanya musim bunga di hemisfera utara bumi dan musim luruh di hemisfera selatan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan