Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Islamic Relief Malaysia Sasar Kutip Dana RM2.32 Juta Menerusi Rezeki Ramadan

Sumbangan itu akan diberikan kepada 44,450 penerima manfaat menerusi edaran 8,890 pek makanan dengan tema #gandakanpahala.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Mar 2022 11:59AM

Gambar Hiasan, Instagram @islamicreliefmalaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Islamic Relief Malaysia menyasarkan kutipan dana sebanyak RM2.32 juta menerusi projek Rezeki Ramadan bagi membantu golongan yang memerlukan di 32 negara termasuk Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata orang ramai boleh memilih beberapa pakej sumbangan dalam bentuk pek makanan bernilai RM200, RM250 serta RM350 yang disediakan dan Islamic Relief Malaysia akan menyerahkan pek makanan itu kepada penerima. 

Beliau berkata sumbangan itu akan diberikan kepada 44,450 penerima manfaat menerusi edaran 8,890 pek makanan dengan tema #gandakanpahala.

"Kami menganggarkan satu keluarga lima orang dengan satu pek makanan. Kita akan menyediakan beberapa pek sumbangan makanan antaranya pek makanan bernilai RM200 untuk Malaysia, Bangladesh iaitu tempatan dan pelarian Myanmar, India, Sri Lanka, Bosnia dan Herzegovina.

"Pek makanan RM250 pula untuk Afghanistan, Afrika Selatan, Albania dan beberapa negara Islamic Relief beroperasi. Terdapat juga pek makanan bernilai RM350, sumbangan ini akan disalur kepada negara seperti Iraq, Jordan, Palestin dan Syria," katanya ketika ditemui pada program mySinggah Ramadan Bersama Media di Wisma Bernama di sini hari ini.

Zairulshahfuddin berkata sumbangan tersebut akan diedar di sepanjang bulan Ramadan dan di Malaysia, mereka menyasarkan kira-kira 2,000 keluarga.

"Setiap pek makanan Rezeki Ramadan yang diedar dilengkapi dengan bekalan makanan asas atau makanan ruji penerima manfaat mengikut negara masing-masing seperti beras, tepung, jagung, pasta, bijirin, kekacang, daging dalam tin, minyak masak, gula, uncang teh, kurma dan lain-lain.

"Beberapa pihak korporat telah memberikan komitmen contohnya beberapa bank tempatan telah menaja pek makanan ini sejak ia dilancarkan pada 31 Jan lepas dan akan berakhir 2 Mei nanti," katanya. 

Orang ramai yang berminat untuk turut serta dalam program berkenaan boleh melayari laman sesawang Islamic Relief Malaysia di www.islamic-relief.org.my. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Beri Sumbangan Kepada Otai Reformis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

3

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN