web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengambilan Vaksin HPV wajar Tiga Kali Seumur Hidup 

Vaksin yang diperkenalkan pada 2010 oleh kerajaan kepada pelajar sekolah berusia 13 tahun merupakan satu daripada kaedah menurunkan kanser pangkal rahim kadar hingga 70 peratus.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 4:19PM

Dr Raja Arif Shah Raja Ismail (kanan) bersama moderator Nur Heliza Helmi (kiri) semasa sesi bual bicara 'Cervical Cancer dan Human Papillomavirus (HPV)'.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suntikan vaksin virus papilloma manusia (HPV) bagi mencegah kanser pangkal rahim wajar diambil sebanyak tiga kali seumur hidup mengikut urutan dalam tempoh setahun bagi mengawal kanser ketiga utama yang dihadapi golongan wanita di Malaysia.

Pakar Perunding Gine-Onkologi Hospital Pakar Wanita dan Kanak-kanak Avisena (AWCSH) Dr Raja Arif Shah Raja Ismail berkata vaksin yang diperkenalkan pada 2010 oleh kerajaan kepada pelajar sekolah berusia 13 tahun merupakan satu daripada kaedah menurunkan kanser pangkal rahim kadar hingga 70 peratus sekiranya kesemua wanita mengambil suntikan tersebut.

“Kita mampu menurunkan kadar kanser pangkal rahim 60 ke 70 peratus sekiranya kita berjaya mempromosikan pengambilan vaksin HPV kepada semua wanita.

“Kaedah pencegahan dengan pengambilan vaksin ini kita sudah lihat berkesanannya dan penting seperti pengawalan COVID-19 iaitu kini kita mula dapat kembali dengan cara hidup sebelum ini walaupun dalam norma baharu. Keadaan itu juga sama dengan pengambilan suntikan vaksin HPV dalam mencegah kanser pangkal rahim,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas slot Bual Bicara Bersama Pakar Avisena Specialist Hospital yang membincangkan topik 'Cervical Cancer and HPV' dan ‘Kanser Payu Dara - Apa Anda Perlu Tahu’ sempena program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan bertemakan sambutan Hari Wanita Sedunia di Dataran Kemerdekaan di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Avisena Elina Nadia Omar, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Avisena Mazidah Umar dan Ketua Eksekutif AWCSH Siti Tettie Hidayati Mohyi.

Selain bual bicara, program berkenaan turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma bagi kadar tekanan gula, darah serta kolestol.

Selain itu, Dr Raja Arif Shah berkata 80 peratus punca kanser tersebut adalah disebabkan daripada virus HPV di samping di bawa oleh pasangan iaitu lelaki, cara hidup seperti merokok dan keturunan.

Beliau berkata pihaknya turut menggalakkan wanita khususnya berusia 18 tahun ke atas untuk mengambil suntikan tersebut terutama mereka yang terlepas mendapatkan suntikan berkenaan ketika di peringkat sekolah dengan ia boleh diambil di klinik swasta dan hospital pakar antaranya di AWCSH.

Sementara itu, Pakar Bedah Payudara dan Endokrin Avisena Specialist Hospital Dr Sarinah Basro berkata masyarakat khususnya perlu memperkasakan pencegahan terhadap kanser payu dara kerana sudah terlalu banyak maklumat ‘disajikan’ kepada mereka.

“Masyarakat sudah tahu cuma perlu pemerkasaan dalam kalangan semua pihak supaya mereka ambil tahu. Informasi berhubung kanser payu dara ada di mana-mana dan supaya pemahaman mereka seiring dengan usia dalam mengenal pasti risiko kanser terhadap diri sendiri,” katanya.

Dr Sarinah berkata kesedaran sendiri bagi tindakan di peringkat awal perlu dilakukan sekiranya seseorang wanita telah mencapai usia lingkungan 40 tahun. 

“Kalau dah umur 40 tahun lebih, kami syorkan buat pemeriksaan mamogram bergantung kepada risiko kanser terhadap diri kamu. Kalau ada sejarah kanser payu dara dalam ibu dan adik beradik, pemeriksaan perlu dilakukan setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan ringkas boleh dilakukan sendiri oleh wanita dengan kerap memeriksa sekitar payu dara selepas habis kitaran haid supaya mereka tahu sebarang kelainan pada tubuh badan.- Bernama

Gambar: Mohd Asri Saifuddin Mamat, Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Peningkatan Kes Kanser Semakin Membimbangkan, Kanser Payudara Paling Tinggi

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bintang Beverly Hills 90210, Shannen Doherty, Meninggal Dunia Akibat Kanser Payudara

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Wales, Catherine Umum Menghidap Kanser

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Lapor Perawat Tradisional Ambil Kesempatan, Konon Untuk Pulihkan Kanser

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan