Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Remaja Belanja Puluhan Ribu Ringgit Demi Miliki 'Camper Bus'

Pencipta kandungan YouTube sejak berusia lapan tahun, Nur Amira Syahira Azizul Abidin telah merealisasikan impiannya memiliki ‘rumah bergerak’ dilengkapi dengan ruang rehat, tempat tidur dan dapur.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 8:44AM

Gambar: Instagram @amiradrummer

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika rakan seusianya berlumba-lumba memiliki beg tangan atau kereta berjenama mewah, tetapi Nur Amira Syahira Azizul Abidin memilih membeli bas lelong untuk dijadikan camper bus

Lebih membanggakan, gadis berusia 19 tahun ini membelanjakan wang puluhan ribu ringgit hasil pendapatannya sebagai pencipta kandungan YouTube sejak berusia lapan tahun, bagi merealisasikan impian memiliki ‘rumah bergerak’ dilengkapi antaranya ruang rehat, tempat tidur dan dapur.

Tidak cukup dengan itu, bas jenama Hino berusia 19 tahun dan mempunyai 23 tempat duduk yang dibelinya dalam satu jualan lelong pada Januari tahun lepas, juga mempunyai kipas pengudaraan dan generator berfungsi menjana tenaga elektrik serta ruang penyimpan kargo bermodal sekitar RM10,000 hingga RM15,000.

Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

“Saya lebih mementingkan kemudahan dalam bekerja berbanding memenuhi kehendak untuk bergaya. Kemudahan ini turut memberi lebih peluang untuk saya meluangkan masa bersama keluarga tercinta,” katanya kepada Bernama.

Pemain dram profesional itu berkata walaupun bas tersebut sudah berusia 19 tahun, binaan dan enjinnya masih dalam keadaan elok, malah semua proses pengubahsuaian hanya mengambil masa setahun untuk siap sepenuhnya pada Disember lepas.

“Saya mendapatkan khidmat nasihat daripada syarikat perunding sebagai rujukan supaya segala proses pengubahsuaian boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang jalan raya.

“Saya juga gemarkan susun atur yang ringkas, kemas dan sedap mata memandang, malah setiap dekorasi dalamannya hasil cita rasa saya selepas memperoleh idea daripada YouTube,” kata Nur Amira Syahira yang berhasrat mengembara mengelilingi Semenanjung dengan keluarganya menggunakan camper bus itu.

Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu berkata kenderaan tersebut bukan sahaja memudahkannya bergerak dengan cepat dan selamat, bahkan menjimatkan kos penginapanya.

"Saya kerap mengembara bagi membuat rakaman untuk kandungan YouTube. Sebelum ini, saya perlu menyewa hotel atau homestay yang tentunya memerlukan kos besar.

“Lagipun, inilah masanya saya menghabiskan masa bersama keluarga selain dapat mengurangkan risiko daripada terkena COVID-19 yang semakin menular,” katanya yang mempunyai hampir 2.7 juta pengikut di saluran YouTube dan 1.4 juta pengikut di akaun TikTok.

Anak sulung daripada tiga beradik ini turut menyimpan impian untuk mempunyai tapak perkhemahansendiri dalam tempoh tiga tahun akan datang dan masih mencari lokasi bersesuaian yang mudah diakses serta luas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Kopi Jiran Imbau Nostalgia Zaman Dahulu

2

TARA 1 tahun yang lalu

Raikan Pengalaman Krismas Anda Di 8 Pusat Beli-Belah Malaysia

3

Gaya 1 tahun yang lalu

8 Tip Menghias Ini Mampu Ubah Bilik Kecil Agar Nampak Luas Bergaya

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

8 Dekorasi Pasar Raya Paling Meriah 2022!

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran