Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Jenis Makanan Diharamkan Dalam Islam

Makanan haram dalam ajaran Islam merujuk kepada makanan yang tidak boleh dimakan menurut hukum agama. Ketahui lima daripadanya.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 5:30PM

Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Makanan haram dalam ajaran Islam merujuk kepada makanan yang tidak boleh dimakan menurut hukum agama.

Mengesan makanan yang tidak halal bukan sahaja merujuk kepada cop halal yang ada di bungkusan produk malah tempat dan peralatan yang digunakan untuk proses pembuatan sesuatu produk juga menentukan status halal sesuatu bahan makanan.

Segmen refleksi ingin berkongsi lima jenis makanan yang diharamkan dalam Islam.

Gambar: David Clode, Unsplash
Gambar: David Clode, Unsplash

Bangkai

Perkataan bangkai itu sendiri sudah merujuk kepada binatang yang telah mati. Ia diharamkan kerana umat Islam wajib memakan makanan yang bersih dan sihat bagi menghindari diri daripada dijangkiti penyakit. 

Haiwan yang mati tanpa disembelih mengikut ajaran Islam yang betul seperti mati dilanggar, dipukul, dijatuhkan dari tempat yang tinggi dan seumpamanya tergolong sebagai makanan yang haram dimakan. 

Selain itu, perlu diingatkan terdapat juga beberapa haiwan yang sudah mati tetapi halal dimakan seperti hidupan laut iaitu ikan, udang, belalang dan sebagainya. Haiwan-haiwan tersebut tergolong dalam bangkai yang suci dan halal dimakan tanpa perlu melalui proses penyembelihan.

Hal ini merujuk kepada riwayat Ibnu Umar R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 

أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ الْحُوتُ وَالْجَرَادُ

Maksudnya: “Dihalalkan buat kita dua jenis bangkai iaitu ikan dan belalang.”  Riwayat Ibn Majah (3218)

Gambar: Max Kleinen, Unsplash
Gambar: Max Kleinen, Unsplash

Berdarah

Islam juga mengharamkan umatnya untuk memakan makan yang berdarah dan mentah. Malah dalam ajaran Islam, darah merujuk kepada najis ringan (mutawasitah) dan ia perlu disingkirkan semasa membersih atau menyiang daging yang hendak dimasak. 

Selain itu, cara masakan juga boleh mempengaruhi sesuatu hidangan dan perlu mengikut hukum syarak yang ditentukan supaya makanan tersebut tidak diragui. Walau bagaimanapun,daging yang sudah dibersihkan dan masih terdapat darah yang melekat padanya tetap halal dimakan. Ini termasuk hati dan limpa haiwan. 

Firman Allah SWT:  وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا

Maksudnya: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik.” (Surah al-Maidah: 88)

Gambar: AFP
Gambar: AFP

Daging Babi

Terdapat beberapa sebab mengapa babi haram dimakan menurut ajaran Islam. Secara amnya babi suka pada makanan yang kotor, jijik dan najis. Ini sahaja sudah menggambarkan haiwan ini tidak sihat untuk dimakan. 

Selain itu, dalam dunia perubatan juga, sudah terbukti bahawa sesiapa yang memakan daging babi akan menyebabkan wujudnya dalam badan, cacing kerawit yang bahaya dan ulat-ulat yang boleh memudaratkan anggota dalaman. Ayat al-quran di bawah menyatakan firman yang menegaskan pengharaman ini:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah dan daging babi." (Surah al-Baqarah: 173)

Gambar: Amber Kipp, Unsplash
Gambar: Amber Kipp, Unsplash

Sembelih bukan atas nama Allah

Penyembelihan yang sempurna perlu dititikberatkan supaya daging yang dijual dijamin halal dan memberi keyakinan kepada pembeli untuk memakannya. 

Namun, bagi sesetengah individu yang memburu dalam hutan, haiwan yang telah mati diburu menggunakan panah, anjing buruan dan sebagainya dikategorikan sebagai makanan halal.

Namun, jika ia menerusi tembakan peluru, mengikut mazhab syafie peluru yang ada sekarang ini tidak memenuhi syarat untuk dijadikan alat berburu haiwan kerana ia tidak tajam.

Walau bagaimanapun, bagi mazhab Maliki, haiwan yang ditembak jika lukanya tidak mematikan haiwan tersebut, maka hendaklah disegerakan untuk melakukan penyembelihan seterusnya halalkan untuk dimakan.

Gambar: Joe McDaniel, Unsplash
Gambar: Joe McDaniel, Unsplash

Haiwan bertaring dan mencengkam.

Kategori ini lazimnya merujuk kepada haiwan buas yang mempunyai taring di bahagian gigi dan memakan daging seperti harimau, buaya dan seumpamanya. Manakala yang mencengkam pula bukan sahaja merujuk kepada haiwan yang berkaki empat, malah yang berkaki dua seperti semua jenis burung helang, burung hering dan seumpamanya juga haram dimakan.

Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata: 

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ وَعَنْ كُلِّ ذِي مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْرِ

Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.” Riwayat Muslim (1934) dan Abu Daud (3803)

Maka, sebagai seorang muslim, pentingnya untuk kita menitikberatkan daripada mana datangnya sumber makanan yang diambil setiap hari.

Pun begitu, suka untuk diingatkan, jika keadaan bertukar menjadi darurat, jenis-jenis makanan di atas halal untuk dimakan dengan syarat yang tertentu. Selamat beramal.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

3

Semasa 5 bulan yang lalu

M'sia - Vietnam Setuju Tingkat Kerjasama Tangani Penangkapan Ikan Secara Haram

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat