web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pilih Tarikh Unik, 59 Pasangan Kahwin Serentak

Tanggal istimewa 22.02.2022 menjadi momen bersejarah bagi 59 pasangan pengantin apabila disatukan dalam upacara perkahwinan beramai-ramai serba ringkas di Wisma Chin Woo di Ipoh semalam.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2022 8:35AM

Wong Chung Chow, 31, (kanan) dan pasangannya Lew Khai Chen, 26, bergambar kenangan dengan nombor plat kenderaan kesukaan mereka. Gambar: Rasid Lamak, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanggal istimewa 22.02.2022 menjadi momen bersejarah bagi 59 pasangan pengantin apabila disatukan dalam upacara perkahwinan beramai-ramai serba ringkas di Wisma Chin Woo di Ipoh semalam.

Majlis anjuran Ipoh Chin Woo Athletic Association itu mengumpulkan dan meraikan pasangan berumur lingkungan 25 hingga 38 tahun yang diserikan dengan kehadiran ibu bapa masing-masing bagi melengkapkan lagi upacara perkahwinan.

Pasangan sebaya, Chan Kai Wei dan isterinya Chow Ji Khay, 27 berkata mereka memilih tarikh ini kerana ia sangat istimewa dan senang diingati di samping mempunyai makna angka yang bertuah untuk diraikan.

"Kami bekerja di Singapura namun begitu, kami sanggup pulang ke kampung halaman di sini untuk memilih tarikh hari ini sebagai tarikh perkahwinan kami," kata mereka ketika ditemui selepas melangsungkan perkahwinan tersebut. 

Pasangan yang masing-masing bekerja sebagai polis dan pereka fesyen di negara jiran ini turut berkongsi detik perkenalan mereka bermula dari darjah enam sebelum bibit cinta mulai mekar apabila meningkat dewasa.

Tong Kok Leong, 29, (lima, kiri) dan pasangannya Lew Khai Chen, 26, (lima, kanan) diraikan oleh rakan-rakan selepas melangsungkan upacara perkahwinan beramai-ramai di Dewan Orang Ramai Chin Woo yang dianjurkan oleh 'Chin Woo Athletic Association'
Tong Kok Leong, 29, (lima, kiri) dan pasangannya Lew Khai Chen, 26, (lima, kanan) diraikan oleh rakan-rakan selepas melangsungkan upacara perkahwinan beramai-ramai di Dewan Orang Ramai Chin Woo yang dianjurkan oleh 'Chin Woo Athletic Association'

"Perkenalan kami sudah memasuki tahun ke-15 dan saya mula menyukai isteri sejak di bangku sekolah ketika darjah enam. Tahun lepas, saya ambil keputusan untuk melamar isteri di sebuah pusat penginapan terkenal di Tambun," tambahnya.

Satu lagi pasangan, Tong Kok Leong, 29 berkata dia dan isterinya, Hah Siaw Jun, 35, memilih untuk tidak berkahwin secara tertutup kepada keluarga sebaliknya memilih untuk disatukan beramai-ramai sebagai satu kenangan yang akan selalu diingati dan sukar untuk mendapatkan tarikh unik seperti ini di masa hadapan.

"Tarikh hari ini unik dan istimewa buat saya dan isteri kerana tidak tahu bila lagi untuk dapatkan tarikh yang begini di masa hadapan. Di samping itu, kos majlis perkahwinan ini hanya berjumlah RM260 bagi setiap pasangan yang merangkumi majlis dan juga sijil perkhahwinan," kata mereka.

Sementara itu, presiden persatuan Datuk Ooi Foh berkata majlis ini merupakan antara yang terbesar dianjurkan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama hampir dua tahun yang menjejaskan perancangan mereka. 

Majlis berlangsung dengan setiap 12 pasangan dikahwinkan serentak bagi memastikan penjarakan sosial dapat diamalkan sepanjang majlis dilaksanakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 hari yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kehilangan Jaslinda Tiada Unsur Jenayah - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden