web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar UiTM Kumpul Dana Buat NYAWA?

Program maya ‘Be Your Own Jiwa’ memperkasakan konsep penerimaan diri dalam kalangan belia dan pelajar universiti.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 2:21PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Program maya, ‘Be Your Own Jiwa’ yang bertemakan ‘A Night of Self-Acceptance’ anjuran UiTM Rembau telah berlangsung dengan jayanya di laman YouTube rasmi, ‘BeYourOwnJiwa 5A’.

Program ini membawa topik ‘Penerimaan Diri’ (Self-Acceptance) seiring menyokong Hari Kesihatan Minda dan Badan Antarabangsa yang disambut di seluruh dunia.

Penganjuran bersama Persatuan Bantuan Kesihatan Mental (NYAWA) turut berjaya mengumpul kutipan dana khas berjumlah RM1,000, hasil sumbangan daripada masyarakat prihatin.

Ia bertujuan untuk membantu para belia yang mempunyai masalah kesihatan mental untuk mendapatkan rawatan secara menyeluruh dan komprehensif.

Panel jemputan terdiri daripada graduan kesihatan, Dr Riha Jamil, pakar estetika, Dr Riza Hartini dan wartawan penyiaran, Khairul Rizuan Azizan serta selebriti, Mark O’dea.

Dr Riha memberikan pandangan mengenai penerimaan diri dengan berkata, sebelum berbual tentang self-acceptance, kita harus ketahui terlebih dahulu apakah maksudnya.

“Kita patut terima diri kita dalam semua aspek, baik yang positif mahupun aspek negatif. Perangai yang kita cuba sorok pada orang lain, kita kena terima.

Self-acceptance ini semacam kita menerima diri kita sendiri dan tahapnya harus tinggi. 

“Kita harus terima diri kita kerana jika kamu ke mana-mana pun, orang pertama yang layak untuk dicintai oleh diri kamu adalah diri kamu sendiri,” jelasnya.

Dr Riza Hartini pula berkata, konsep penerimaan diri amat penting. Permasalahan kulit merupakan masalah luaran yang boleh dirawat.

Nasihatnya kepada belia dan pelajar yang mempunyai masalah kulit dan kesihatan, haruslah mendapatkan bantuan pakar.

“Program seperti ini amat penting bagi golongan belia dan pelajar universiti kerana ia merupakan tempoh amat penting bagi mereka benar-benar menghargai diri masing-masing.

“Jangan jadikan masalah jerawat atau kulit muka mengganggu daya keyakinan anda,” katanya.

Selebriti asal England, Mark O’dea pula berkongsi pengalaman tentang bagaimana dia menangani kecaman sepanjang kariernya di Malaysia. 

“Tiada yang akan berubah jika kamu hanya duduk di rumah dan menangis!” tegasnya.

Sementara itu, pempengaruh media sosial seperti @natxnatt, @slvn_jake, @aisyaadzira, @imok.kc, @safiahazizan turut menyokong program ‘Be Your Own Jiwa’ ini.

Rata-rata penonton dan pelajar memberi maklum balas yang positif. Penerimaan diri sangat penting untuk perkembangan diri dan merupakan salah satu kunci kebahagiaan.

Malah, ada juga yang menyatakan hasrat dan pandangan mereka telah berubah terhadap konsep penerimaan diri setelah menonton program maya ini.

‘Be Your Own Jiwa’ merupakan anjuran siswa-siswi semester akhir kelas N5MC1105A dari UiTM Rembau, Negeri Sembilan demi memenuhi pelaksanaan Kod Kursus COM 363 Projek Profesional mereka. - Getaran, 18 Februari 2022

Gambar: Uitm Rembau

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Naib Canselor UiTM Nafi Pelajar Berbaju Hitam Sebagai Protes

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN