web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Masjid Tawar Basikal Kepada Kanak-Kanak Hadir Solat Subuh Berjemaah 40 Hari

Program Istiqamah Subuh 40 Hari bertujuan memberi suntikan semangat dan motivasi kepada anak-anak di dalam kariah itu beribadat.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 8:19AM

Pengerusi Masjid Nur As-Sa'adah Datuk Amzah Osman (kanan) menunjukkan kelengkapan persekolahan yang disediakan kepada mereka yang memerlukan menerusi program Gerobok Rezeki masjid itu. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masjid Nur As-Sa’adah Kampung Pengkalan Batu di Melaka, menyediakan 40 basikal yang akan dihadiahkan kepada kanak-kanak yang menunaikan solat berjemaah selama 40 hari di masjid itu menerusi Program Istiqamah Subuh 40 Hari.

Pengerusi masjid Datuk Amzah Osman berkata inisiatif berkenaan yang dijalankan sejak awal bulan ini bertujuan memberi suntikan semangat dan motivasi kepada anak-anak di dalam kariah itu sebagai usaha melahirkan generasi berakhlak serta berdisplin, selain menyuburkan nilai-nilai murni.

"Program ini bertujuan menjadikan tempat ibadah ini mesra kanak-kanak, sekali gus mengimarahkannya. Kami rasa seronok melihat perkembangan positif di masjid ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pada hari persekolahan, ramai kanak-kanak hadir ke masjid lengkap berpakaian sekolah untuk menunaikan solat Subuh dan setiap mereka diberikan kad yang akan dicop sebagai tanda hadir bersolat jemaah.

Katanya program itu melibatkan kos sekitar RM20,000, dan sejak dilaksanakan kehadiran generasi muda di Masjid Nur As-Sa'adah dilihat semakin bertambah, terutama pada hujung minggu bagi mengikuti tazkirah, kelas pengajian agama dan ceramah.

Sementara itu Amzah berkata pihak masjid juga menyediakan Gerobok Rezeki untuk kemudahan  golongan asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan barangan keperluan.

Menurutnya sehingga kini terdapat 64 penerima setiap bulan yang datang mengambil barangan diperlukan seperti beras, gula, kopi, lampin pakai buang dan sebagainya.

"Mereka diberi kad untuk memilih 24 barangan yang disediakan di sini secara percuma. Dana bantuan ini juga hasil sumbangan daripada dermawan dan orang perseorangan," katanya yang berharap usaha itu menjadi ikutan kepada masjid lain. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden