Berita Terkini

17 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


3 Cara Pantau Kesejahteraan Mental Anak Pasca Pandemik 

Jadilah ibu bapa yang prihatin, sentiasa memantau keadaan anak anda pasca pandemik ini.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 8:42AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satu perkara penting yang kita pelajari daripada pandemik ini ialah ramai mula sedar kita memerlukan sokongan, baik dari segi fizikal, mahupun emosi demi kesejahteraan mental.

Tidak ketinggalan, golongan remaja dan anak-anak kecil juga turut terkesan. Sama seperti golongan dewasa, mereka bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu ini.

Di situasi yang kian mencabar ini, mereka terpaksa menempuhi pengalaman baharu seperti pembelajaran dari rumah yang membataskan perhubungan fizikal dengan rakan-rakan.

Selain itu, keadaan ini juga membataskan mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bermain di taman permainan atau melakukan hobi masing-masing.

Buat masa ini, mereka hanya ‘terperangkap’ di rumah dan ini membuatkan kita tertanya-tanya, bagaimanakah keadaan mental anak-anak kita sebenarnya?.

Baiklah, tanpa membuang masa, berikut tiga cara memantau kesejahteraan mental anak-anak anda pasca pandemik:

#1 Yakin dengan naluri anda, berbincanglah dengan mereka 

Mungkin buat masa ini anda mengabaikan sahaja perubahan tingkah laku anak-anak anda dengan andaian mungkin mereka sedang menyesuaikan diri dengan kehidupan norma baharu.

Namun, anda harus mempercayai naluri anda sebagai ibu bapa. 

Kehilangan minat mendadak terhadap hobi atau kurang berminat untuk bergaul dengan rakan-rakan sebaya adalah tanda-tanda amaran yang patut anda berikan perhatian.

Dekati anak anda dengan fikiran yang lebih terbuka. Anda perlu jujur menjawab apa sahaja soalan tentang masa hadapan atau sebarang kemusykilan yang terbit di lubuk hati mereka.

Kadangkala, mereka hanya perlukan seseorang untuk mendengar luahan hati serta mententeramkan mereka. 

Hakikatnya, anda perlu mengingatkan mereka anda boleh berbincang tentang apa sahaja dengan mereka. Pastikan pintu hati anda sentiasa terbuka untuk mereka.

#2 Tetapkan rutin bagi mereka

Memang nampak mudah, ketahuilah pakar-pakar kesihatan mental sangat menggalakkan ibu bapa untuk menetapkan rutin harian anak-anak.

Selain memastikan mereka menggunakan masa secara berfaedah, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara anak-anak dan ibu bapa.

Sebagai contoh, sesetangah pakar mencadangkan agar anak-anak diperkenalkan dengan aktiviti memasak atau berkebun.

Melihat sendiri hasil usaha mereka sebenarnya dapat memberi kepuasan kepada mereka. Ia mengajar mereka erti ketabahan dan kesabaran. Ia turut mengajar tanggungjawab.

Malah, anda juga boleh menyelitkan pelajaran sains. Antaranya, jadual penyiraman, cara-cara membuat baja kompos, mencuci sayur-sayuran atau mengatur meja sebelum makan. 

#3 Jangan lupa untuk menjaga diri sendiri

Ramai ibu bapa bimbang tentang kesejahteraan mental anak-anak mereka semasa pandemik ini. 

Namun, dalam pada kita mengharungi tempoh yang sukar ini, ibu bapa juga berhak meluangkan masa untuk diri sendiri demi kesejahteraan mental.

Lakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersenam atau memanjakan diri di spa-spa kecantikan. 

Kita perlu sedar situasi ini berada di luar kawalan kita kerana dunia dilanda pandemik sekali lagi dalam tempoh 100 tahun. 

Selain menjaga kesihatan dan keselamatan anak-anak dan orang tersayang, pakar kesihatan seluruh dunia mencadangkan agar kita berbuat baik terhadap diri sendiri.

Ibu bapa juga perlu menjaga diri dan kesejahteraan mental mereka terlebih dahulu sebelum mereka menjaga kesejahteraan mental anak-anak dengan lebih berkesan.

Selari dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia terhadap kesejahteraan mental ini, Gardenia berbangga melancarkan forum ‘Kesejahteraan Bermula Di Rumah’. 

Forum dalam talian ini membincangkan hasil tinjauan dan isu-isu kesejahteraan mental pasca pandemik bersama selebriti dan aktivis kesihatan mental, Che Puan Sarimah Ibrahim.

Beliau ditemani Presiden MIASA (Pertubuhan Kesedaran dan Sokongan Kesejahteraan Mental Malaysia), Puan Anita Abu Bakar bersama Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat dan Perhubungan Awam Gardenia, Puan Hazlinah Harun.

Untuk menonton forum ‘Kesejahteraan Bermula Di Rumah’ ini, layari laman Facebook @GardeniaKL. - Getaran, 4 Februari 2022

Gambar: Gardenia Malaysia & Fail

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Kesian Dia, Semoga Cepat Dapat Rawatan...

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

3

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Remaja Maut Dalam Kemalangan Di Krubong

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuba Rompak Pemandu E-Hailing, Remaja Mengaku Tidak Bersalah

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Gaya 21 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN