Berita Terkini

5 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


‘Til Jannah’ - 5 Cara Eratkan Perhubungan

Bagaimana mahu 'til Jannah' jika di dunia saja sudah porak-peranda. Baca petua eratkan hubungan nukilan Ida Natasha minggu ini.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2021 9:45AM

Gambar: Hian Oliveira, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelik tetapi semakin kerap berlaku. Statistik penceraian di Malaysia menunjukkan kenaikan jumlah perceraian di kalangan rakyat negara ini meningkat pada kadar melebihi 10 peratus setahun. Ini bermakna dalam 10 pasangan yang berkahwin, satu akan bercerai.

Setiap tahun, berduyun pasangan yang jatuh cinta, sanggup meluahkan janji setia mahu hidup mati bersama. Namun, belum pun mencecah lima tahun usia perkahwinan, yang wanita sudah bagai harimau beranak muda, belang pula sudah kelihatan di hidung si jejaka. Apa yang tidak kena? 

Adakah apabila perhubungan sudah termeterai, usaha untuk mencuri hati juga terhenti? Misi terlaksana, lantas tidak perlu lelaran. Jangan begitu. Algorithma perkahwinan perlu diteliti dan ditambah baik, usaha memperbaikinya perlu ditingkatkan, pepijat perlu diuruskan agar tidak merenjatkan kemesraan di antara pasangan. 

Ikuti lima tips penting untuk mengeratkan perhubungan.

Ceria dan Gurau Senda

Masalah dan tekanan berada di mana-mana kerana hakikatnya dunia ini dicipta penuh dengan ujian. Lautan yang mana tidak bergelora, bumi yang mana tidak disimbah hujan. Alasan ini tidak boleh kita jadikan pas untuk bermuka ketat dengan pasangan masing-masing.

Perlu diingat bahawa setiap aksi akan menimbulkan reaksi dengan magnitud yang sama ke arah yang bertentangan menurut hukum ketiga Newton.

Lantas, apabila berhadapan dengan pasangan yang bermuka ketat, tiba-tiba muka sendiri bertukar sendat tanpa sedar. Suasana kemudiannya akan bertukar  dingin, dan jika tidak dihangatkan, kedinginan akan menjadi norma baharu di dalam keluarga.

Sedekahlah senyumanmu yang paling manis untuk insan tersayang ditambah dengan soalan, “How’s your day?”, pasti akan meregangkan urat-urat tekanan di badan serta-merta. Kalau suri di rumah penat mengurus segalanya dan suami datang dengan senyuman dan pertanyaan “Sayang apa khabar hari ini?” Tidakkah cair hati, terus nak pergi buatkan kopi paling sedap di dalam dunia untuk suami tersayang, kan?

Bukan tidak boleh berkongsi duka lara di hati, alkisah penat badan sendiri. Tetapi, adalah lebih bijak jika kita memilih masa yang sesuai untuk tujuan itu. Dan jika pasangan kita ingin bergurau senda, jangan pula disambut dengan, “You ni dah kenapa?”. Sila ingat Hukum ketiga Newton yang telah dijelaskan di atas tadi, tindakan kita mencetus reaksi yang serupa. 

Menyukai Perkara yang Sama

Opposite attracts membawa maksud ‘yang berlawanan itu menarik’. Itu benar. Tetapi, yang sama itu lebih baik. Jangan sesekali merendah-rendahkan minat pasangan kita hanya kerana minat itu bukan kita punya.

Sebaiknya, cuba untuk memahami apa yang mereka suka agar kita boleh turut serta. Berdua itu bukankah lebih baik? Terkadang kita terlihat pasangan yang menaiki motor besar bersama, menelusuri lebuhraya berpelukan mesra. Lantas, terlintas cemburu di hati kecil kita, kenapa aku bukan begitu. Jawapannya, kerana kurang usaha.

Tidak mungkin pada mulanya kedua mereka tadi mempunyai minat yang sama, tetapi usaha untuk mencari keserasian menjadikan salah seorang masuk kaki ke dunia seorang lagi.

Untuk yang gemar berkebun, tawar diri untuk bawa pasangan ke nursery yang hebat agar si dia dapat meninjau dan menjamu mata. Mungkin hati kita tidak faham mengapa gembira sangat buah hati kita melihat keladi? Biarkanlah. Sambil menunggu, Getaran kan ada untuk dibaca.

Gerak isyarat kecil begini akan membuatkan pasangan memberi mata bonus kepada kita dan mengeratkan perhubungan yang sedia ada. Apabila kita ambil tahu tentang dunia kegemaran insan kesayangan kita, di situ wujud kasih sayang yang akan diluahkan di dalam rumah tangga.

Takkan baru nak cuba buat biskut mentega dah kena kutuk dengan pasangan sendiri kan? “Ala, beli je la. Pandai ke buat tu?”  Komen-komen sebegini perlu dielak kerana ia sangat meruntun hati.

Gambar: Edo Rezkia, Unsplash
Gambar: Edo Rezkia, Unsplash

Bertolak Ansur

Ibu bapa kita sering berpesan agar masing-masing bertolak ansur. Kedengaran agak kuno tip ini kepada generasi millenial. Realitinya, inilah tip keemasan perhubungan. Apa sebenarnya tolak ansur ini? Ia membawa makna, jangan berkira dengan pasangan kita. Bukan sahaja dari segi duit, ia mencakupi kesemua aspek perhubungan.

Isteri masak termasin sikit, tolak ansur, jangan kritik keras. Ambil kuahnya sikit-sikit cukup, asal kenyang. Suami terlupa beli barang yang dikirim, tolak ansur. Tak perlu berleter lewat tengah malam bercerita tentang kealpaan sang suami tadi.

Bila masing-masing tambah berat badan sedikit, tolak ansur dengan tidak mempersendakan pasangan, cari jalan untuk kawal pemakanan seperti kurangkan minyak, lebihkan sayuran. Nampak isteri lelah di rumah mengurus segalanya, tolak ansur dengan menyapu rumah dan mengemop tanpa disuruh. Buang segala sampah di dalam rumah.

Tolak ansur ini menjadi bukti sayang kita kepada pasangan. Janganlah seorang saja yang menolak, satu lagi terus beransur. Kalau begini ritmanya, tentu sekali lama-lama nanti yang beransur itu beransur pergi dan tidak kembali.

Ambil Kisah

Perhubungan menjadi renggang bila pasangan mula tidak ambil kisah. I don’t care about you, I don’t care about me too. You do you, I do me. Perangai yang begini akan menjadikan perhubungan beku lagi layu kerana keduanya bergerak secara silo.

Ambil tahu dan ambil kisah tentang diri sendiri dan tentang pasangan kita untuk mengekalkan kemesraan dan mengeratkan perhubungan. Kitakan cerminan kepada si dia?

Takkan kita okey sahaja jika pasangan kita keluar rumah dengan rambut berselerak ala model baru bangun dari lena. Celana dalam suami dah macam roti kirai pun, isteri buat buta sahaja, bukan masalah aku katanya. Kaki seluar sudah tetas, jeans sudah kekuningan pun tidak ditegur pasangan. Ada ramai orang bandar juga yang keluar rumah dengan baju renyuk seribu, seolah tiada siapa yang ambil tahu.

Tidaklah perlu rona sedondon setiap masa, cuma kita perlu manifestasikan cinta kita kepada pasangan dengan mengambil kisah tentang dia. Tudung isteri senget kita betulkan, baju dia jarang kita tegurkan dengan penuh kasih sayang, begitulah. Kadang-kadang cuba Whatsapp isteri bertanya sudah makan ke belum. Bukan lunch percuma yang diminta, ambil kisah itu yang mahal nilainya. Bila masing-masing peduli tentang cinta hatinya, perhubungan akan mekar mewangi. 

Gambar: Everton Vila, Unsplash
Gambar: Everton Vila, Unsplash

‘Til Jannah’,  Matlamat Perhubungan

Akhir sekali, inilah destinasi muktamad semua pasangan suami isteri, kebahagiaan sehingga ke syurga Firdausi. Kebelakangan ini, 'Til Jannah' seiring diungkap oleh bakal pengantin atau apabila mengucap selamat ulang tahun perkahwinan kepada teman-teman.

Bunyinya menarik tetapi jangan akhirnya ia menjadi sekadar ucapan tanpa perancangan, tanpa strategi. Rumah tangga bahagia memerlukan imam yang kuat dan makmum yang hebat.

Pelan tindakan untuk ‘Til Jannah’ perlu merangkumi aspek berpesan-pesan kepada solat, zakat, sedekah, puasa, zikir dan al-Quran. Lengkap elemen-elemen ini, reda dan rahmat Ilahi insya-Allah akan hadir ke dalam rumah tangga yang dilayari.

Usah hanya mengungkap ‘Til Jannah’ kerana ini terma popular semasa, tetapi tindak tanduk dalam keluarga lebih menjurus ke pintu neraka kerana imamnya tiada, lantas makmum freestyling, bergerak bebas mengikut cara masing-masing.

Dan yang paling mustahak, berdoalah kepada Allah SWT agar keluarga kita dirahmati oleh-Nya sentiasa. - Getaran, 5 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

3

Refleksi 3 minggu yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

oleh Rahayu MN

Refleksi 16 minit yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Adab Menghadiri Rumah Terbuka

Betulkan niat, jauhi tingkah laku yang menjengkelkan sehingga menyusahkan tuan rumah

oleh Rahayu MN

Jelajah 23 jam yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah