web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Status Air Kolam Yang Bercampur Darah Haid

Apakah kesucian air itu sudah tercemar atau tidak? 

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 4:32PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai antara kita mengambil peluang untuk beristirahat di hujung minggu dengan mengunjungi taman tema air atau sekadar berenang di kolam renang awam atau di pangsapuri masing-masing.

Kebiasaannya, lokasi-lokasi ini dipenuhi dengan orang awam yang turut mandi bersama di satu kawasan yang sama. 

Menimbulkan persoalan, apakah status air kolam ini mungkin sudah tercemar dengan air kencing atau tercemar akibat wanita yang bermandi-manda dalam keadaan haid?

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, penanda aras yang menentukan air mutlak menjadi air mutanajis (air yang bernajis) ialah apabila berlaku perubahan bau, warna dan rasa.

Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umamah bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

الْمَاءُ لاَ يَنْجُسُ إِلاَّ مَا غَيَّرَ رِيحَهُ أَوْ طَعْمَهُ

Maksudnya: “Air tidak boleh menjadi najis melainkan jika berubah bau atau rasanya

Riwayat Al-Baihaqi (1274) di dalam Al-Sunan Al-Kubra.

Terdapat satu riwayat di mana baginda menyifatkan air di telaga yang bernama Buda’ah kekal suci dan menyucikan kerana isipadu air yang banyak melebihi kadar dua qullah (ukuran kesucian air) walaupun masyarakat Arab sering membuang kain yang terkandung darah haid ke dalamnya. 

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri:

قيل يا رسولَ اللهِ  أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

Maksudnya: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: Adakah boleh kami mengambil wuduk daripada Telaga Buda‘ah iaitu telaga yang dibuangkan di dalamnya kain-kain yang digunakan perempuan haid (terkandung darah haid), benda yang berbau busuk dan daging anjing. Rasulullah SAW menjawab: Air itu suci dan tidak ada sesuatu yang menajiskannya.”  

Riwayat al-Tarmizi (66)

Manakala kesucian air melebihi dua qullah tidak menjadi mutanajis selagi mana ia tidak berubah sifat asalnya (bau, warna atau rasa) berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«إِذَا كَانَ الْمَاءَ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلْ الْخَبَثَ». وَفِي لَفْظٍ: «لَمْ يَنْجُسْ».

Maksudnya: “Jika kandungan air mencapai dua qullah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadis: “Tidak bernajis”.

Riwayat Abu Daud (63)

Menurut kitab Al-Mu’tamad Fi al-Fiqh Al-Syafi’i, dua qullah itu bersamaan sekitar 200kg atau 204kg di mana ia bersamaan lebih kurang 200 liter. 

Kesimpulan 

Status air kolam renang yang bercampur darah haid tidak menjadi mutanajis, sekiranya isipadu kolam renang tersebut mencapai atau melebihi dua qullah atau 200 liter dengan syarat tiada kesan bau, warna atau rasa. 

Jika darah haid atau najis-najis lain itu menyebabkan salah satu daripada tiga sifat tersebut atau ketiga-tiganya sekali, maka kesucian air kolam renang itu sudah jatuh menjadi mutanajis. – Getaran, 12 November 2021

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Keperluan Mendesak Untuk Sumber Air Alternatif Di Langkawi 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Operator Bekalan Air Ditarik Jika Gagal Capai KPI

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelantan, Ikut Sahajalah Model Air Negeri Lain, Kenapa Tak Buat?  

4

Semasa 2 tahun yang lalu

650,000 Rakyat Selangor Perlu Diberi Air Percuma Secara Automatik

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN