web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hamba Media Sosial Hanya Rosakkan Diri

Ketagihan laman sosial banyak mendatangkan keburukan sekiranya tidak dikawal termasuklah merenggangkan hubungan keluarga, sukar bersosial dan menjejaskan produktiviti.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 4:52PM

Gambar: Jakob Owens, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Suka atau tidak, dalam era digital ini ramai individu yang  bergantung kepada laman sosial. Facebook, Twitter, Instagram, TikTok antara yang menjadi kegilaan.

Mereka bukan sahaja mengikuti perkembangan atau aktiviti rakan-rakan, namun turut mencari maklumat atau berita di laman-laman sosial. Biarpun berita itu belum tentu lagi kesahihannya.

Jadi, tidak hairanlah mengapa bahan-bahan bacaan seperti majalah dan akhbar kini tidak mendapat sambutan. Berdasarkan trend semasa, ramai individu tidak boleh berpisah dengan gajet.

Bahkan sanggup melakukan tindakan membahayakan seperti menggunakan telefon sambil memandu. Selain itu ada juga yang sudah mula mengasingkan diri daripada orang sekeliling.

Jika makan bersama pun, telefon tetap di tangan. Berbual-bual di meja makan dianggap basi, melihat akaun sosial media lebih penting daripada segala-galanya. 

Jika anda salah seorang individu yang bersikap sebegini, ini bermakna anda sudah layak digelar penagih media sosial. Satu fenomena membimbangkan dalam kalangan remaja masa kini ialah FOMO (fear of missing out), di mana mereka yang dihimpit fenomena ini sukar bersosial dan mudah berasa rendah diri apabila tidak mendapat perhatian di media sosial. 

Gambar: Gian Cescon, Unsplash
Gambar: Gian Cescon, Unsplash

Masing-masing bersaing untuk menunjuk kebahagiaan di akaun media sosial masing-masing, sehingga akhirnya kesihatan mental mereka terganggu. Mana tidaknya, setiap kali bangun daripada tidur, otak mereka akan terus memikirkan tentang pengisian yang perlu dikongsi kepada pengikut. 

Hendak tahu apa kesan dan akibat daripada ketagihan ini? Baca info selanjutnya di bawah:

Merosakkan hubungan suami isteri

Beberapa kajian menunjukkan, apabila seseorang individu terlalu asyik melayari laman sosial akan menyebabkan perasaan cemburu dan tidak puas hati kepada pasangannya. Perasaan dan tingkah laku ini akan mengundang permulaan hubungan yang buruk dalam rumahtangga tersebut. 

Sama ada suami atau isteri akan memberontak dan melakukan perkara yang mungkin mendatangkan kemarahan pasangan yang terlalu kerap menatap telefon pintar atau mereka bersikap dingin dan seterusnya jika tidak dibendung boleh membawa kepada perceraian.

 

Tidak produktif

Ketagihan laman sosial juga akan menyebabkan seorang pekerja melengah-lengahkan tugasan yang diberikan. Penangguhan sering terjadi kerana ada gangguan daripada telefon yang sentiasa ada di tangan masing-masing tanpa mengira waktu. 

Mereka leka melayani perbualan di aplikasi WhatsApp atau sekadar melihat status rakan-rakan di Instagram dan Facebook sehingga tidak sedar masa terbuang dengan sia-sia. Jika hal ini berterusan, produktiviti sesebuah organisasi akan terkesan dan memberikan impak yang buruk kepada kerjaya individu tersebut.

Gambar: Dole777, Unsplash
Gambar: Dole777, Unsplash

 

Merenggangkan hubungan ahli keluarga dan rakan-rakan

Memang benar teknologi yang ada ketika ini membantu merapatkan hubungan yang jauh antara saudara-mara dan rakan-rakan. Hanya melalui satu klik di hujung jari, rakan di benua lain boleh kita hubungi.

Namun, fenomena ketagihan laman sosial boleh menyebabkan hubungan sesama ahli keluarga dan rakan-rakan yang berada di depan mata semakin renggang . 

Inilah akibatnya apabila terlalu asyik melayani kawan di alam maya, insan tersayang depan mata diabaikan. Tiada lagi perbualan mesra berlaku antara bapa dan anak-anak, sebaliknya hanya keadaan sepi dan sunyi apabila ahli keluarga berkumpul bersama-sama. Apa tidaknya, masing-masing sibuk dengan gajet. 

Jadi cuba fikir-fikirkan, berbaloikah anda menjadi penagih laman sosial? 

Bagi yang sudah terjebak, berikut langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ketagihan media sosial:

1) Setiap hari pastikan anda telah menetapkan senarai keutamaan tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan pada hari tersebut. Tugasan yang paling penting mesti berada di tangga teratas senarai.

2) Tetapkan atau hadkan masa untuk melayari laman sosial. Contohnya, dalam sehari beri masa maksimum sejam untuk anda mengintai laman-laman sosial yang digemari.

3) Tetapkan objektif dan tujuan anda melayari laman sosial atau internet. Adakah mahu mendapatkan maklumat yang berguna atau sekadar membuang masa sehingga banyak perkara penting lain diabaikan. - Getaran, 5 November 2021

Sumber : http://www.myhealth.gov.my

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

3

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

4

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

5

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

6

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus