Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jangan Jemu Mencari Bahagia, Ada Tip Boleh Anda Ikuti!

Sudah 2021, ayuh bangkit dan cuba teruskan langkahmu. Di sebalik semua kesukaran, pasti ada sinar kebahagiaan untukmu!

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2021 2:41PM

Gambar: Simon Maage, Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

2020 tahun yang cukup mencabar buat semua. Pandemik COVID-19 mencatat sejarah yang tidak mungkin boleh dilupakan. Bagaimana perjalananan hidup anda sepanjang tahun lalu? Adakah gembira, sukar atau penuh dengan kesedihan? Realiti kehidupan, pasti dipenuhi dengan pahit, manis, duka, dan gembira.

Menginjak ke 2021 ini moga ada sinar untuk semua. Biarpun cahaya di hujung lorong masih samar-samar. Bagi yang berhadapan dengan kesukaran, jangan terus-terusan bersedih. Sebaliknya, kekal positif dan teruskan melangkah. Bagi yang dilimpahi kegembiraan, tahniah! Anda memang bertuah. Tapi jangan terlalu leka. 

Untuk menghadapi hari mendatang, cuba kekalkan kegembiraan dengan cara tersendiri. Hidup yang gembira, mengundang lebih banyak kebaikan. Ingat! Happiness attracts more happiness, joy attracts more joy!

Gambar: Robert Collins, Unsplash
Gambar: Robert Collins, Unsplash

Jadi bagaimana mahu meraih kegembiraan di dalam hidup?

1) Selalu ucapkan syukur. Ini cara untuk kekal bersemangat. Jangan selalu membandingkan diri dengan kelebihan orang lain.

2) Fikirkan tiga perkara yang selalu buat anda gembira. Cuba lakukan tiga perkara ini sekerap yang mungkin. 

3) Sebaik terjaga daripada tidur setiap pagi, elakkan daripada memikirkan perkara-perkara negatif. Sebaliknya, rangsang otak dengan memikirkan perkara-perkara positif. 

4) Stay relaxed! Cuba tenangkan diri sentiasa. Jangan terlalu merumitkan fikiran dengan perkara yang remeh-temeh. Tenangkan diri dengan mengambil nafas dalam-dalam dan lepas secara perlahan-lahan. 

5) Dekati mereka yang gembira. Jauhi individu yang punya aura negatif. Pilih rakan yang mampu membuatkan anda tersenyum riang serta jauh daripada tekanan.

6) Jangan sentiasa beralasan atau menyalahkan diri sendiri jika apa yang dirancang tidak menjadi. Tidak semua benda akan mengikut perancangan asal. Jika gagal, usaha untuk perbetulkan keadaan.

7) Hulurkan kemaafkan buat mereka yang pernah menyakiti anda. Menurut satu kajian tentang perkembangan tubuh badan, menyimpan dendam boleh mempengaruhi fizikal dan mental.  Jadi, tiada salahnya meminta maaf jika lakukan kesilapan. Berikan juga kemaafan untuk keharmonian hati dan perasaan.

8) Dalam sehari, cari masa sejam dua untuk melupakan media sosial. Tumpukan perhatian kepada imaginasi fikiran. 

Gambar: Fuu J,Unsplash
Gambar: Fuu J,Unsplash

Selain tip di atas, anda juga boleh membaca buku-buku yang boleh memberi motivasi dan inspirasi tentang kehidupan.  Buku-buku di bawah mungkin sesuai:

30 Ways To Attain Happiness

Buku yang ditulis oleh Muhammad Bin Abdillah Ash Shaayi ' ini telah memasuki edisi ke tiga sejak diterbitkan pada 2016 lalu. Buku ini adalah panduan bagi semua masyarakat Islam khususnya dalam kehidupan seharian kita kerana ia menyajikan cara-cara menghadapi kitaran hidup seharian, menerima masa lalu dan bersiap menghadapi hari esok berdasarkan pengajaran Al-Quran dan Sunnah.

Hiduplah Untuk Hari Ini

Melalui buku ini, Muhammad Al-Ghazali menawarkan solusi bagi mendepani masalah yang sering mengganggu kehidupan kita mengikut panduan al-Quran dan hadis.

Antaranya termasuklah memperbetulkan salah faham kita tentang konsep sabar, takdir dan tawakal dalam Islam, bagaimana berhadapan dengan kritikan dan fitnah manusia, dan juga cara menguruskan emosi dengan lebih baik.

The Happy Brain

Kita semua mahu bahagia. Pencarian kebahagiaan kita sering memotivasi pilihan kita, dari bagaimana kita mencari nafkah, pilihan pasangan dan pilihan tempat tinggal. Tetapi kebahagiaan bukan hanya perasaan ajaib yang dihasilkan oleh sepotong kek coklat dan sejambak bunga. Ahli psikologi dan ahli sains saraf telah mempelajari sains kebahagiaan selama beberapa dekad. Ketahui teori mereka dan lebih banyak lagi dalam bukan pop-sains yang menarik ini.

 

The Happiness Project

Buku yang ditulis oleh Gretchen Rubin ini dinobatkan sebagai New York Times Best Seller dan terjual lebih daripada 1.5 juta unit. Malah, ia telah diterbitkan dalam lebih 15 bahasa. 

Ia bermula apabila Gretchen Rubin memutuskan untuk menjalani kehidupan sepenuhnya. Jadi, dia mula mengumpulkan semua nasihat yang ditemui untuk meraih kebahagiaan dan mencubanya.  Mengambil petunjuk daripada latihan kerohanian, sains, dan budaya pop, Rubin berusaha untuk mengetahui bagaimana dia dapat benar-benar bahagia. Sekarang anda memiliki mood bahagia, bawa ia ke tahap seterusnya dan lanjutkan lagi untuk kebahagiaan diri.

 

The Power of Positive Thinking

The Power of Positive Thinking ditulis oleh Norman Vincent Peale. Dengan membaca buku ini, anda akan diberikan beberapa peraturan penting yang akan membawa anda kepada pemikiran yang positif.  Dr. Peale ingin menyampaikan bahawa pemikiran positif yang dimiliki oleh setiap orang pada akhirnya akan membawa sebuah kejayaan.

Antara perkara yang ditekankan di dalam buku ini ialah selalu percaya pada diri sendiri apabila melakukan sesuatu, hilangkan perasaan takut dan ragu-ragu serta jalani hidup dengan santai, dan berkelakuan baik kepada diri sendiri. 

Kekal positif untuk hari-hari yang lebih membahagiakan! - Getaran, 28 Januari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Mahkamah Rayuan Kekalkan Hukuman Mati 6 Lelaki Bunuh Kevin Morais

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi Diesel Dihapuskan Mulai Januari Tidak Benar - KPDN

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Muhyiddin Dapatkan Pasport Secara Kekal

4

Selebriti 9 bulan yang lalu

Puteri Sarah Belum Beritahu Anak-Anak Dia Dan Syamsul Yusof Sudah Berpisah, Tidak Mahu Rosakkan Momen Bahagia Mereka

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi