web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Kebaikan Bangun Awal Pagi

Anda jarang bangun awal pagi? Mungkin selepas membaca artikel ini anda akan berubah fikiran.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 3:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Adakah anda kerap bangun lewat pada hari cuti berbanding hari-hari biasa? 

Lazimnya individu yang bekerja pasti akan bangun awal untuk bersiap ke tempat kerja, namun pada hari cuti lain pula ceritanya. 

Tetapi tahukah anda terdapat banyak kebaikan bangun awal pagi. Ini 5 daripadanya:

 

Minda yang segar dan cergas

Menurut kajian Dr. Herbert Benson di Institusi Pendidikan Kesihatan Harvard, minda dan tubuh adalah satu sistem, yang memainkan peranan penting dalam mengurangkan tekanan. 

Namun untuk menenangkan minda, kita perlu memberikan waktu khas untuk minda kita berkembang. 

Sungguhpun bangun pagi agak sukar bagi segelintir orang, tetapi jika dilakukan, manusia secara umum akan menikmati kesegaran dan kecergasan minda yang maksimum kerana ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk anda berfikir, bermeditasi dan mengulangkaji pelajaran. 

Fikiran anda juga akan lebih tenang dan kreatif untuk merancang aktiviti seharian. 

 

Waktu sarapan yang optimum

Bangun pagi dapat memastikan anda tidak akan terlepas menikmati sarapan malah boleh menikmatinya dengan tenang dan santai sebelum ke tempat kerja atau memulakan rutin harian. 

Walaupun ada yang mengatakan sarapan penyebab mereka mengalami sakit perut pada waktu pagi, tetapi sebenarnya perkara tersebut adalah satu proses yang bagus untuk tubuh badan kerana ia menggalakkan proses pencernaan yang baik. 

Menurut Dr. Christy C. Tangney, pakar pemakanan klinikal di Rush University Medical Center kajian telah menunjukkan individu yang tidak mengambil sarapan dan hanya mengambil sedikit kalori pada hari tersebut akan lebih cenderung untuk mengalami kenaikan berat badan serta peningkatan pada Indeks Jisim Tubuh atau BMI.

 

Bersenam 

Bersenam, tidak kira berat atau ringan, boleh dilakukan pada bila-bila masa namun lebih bagus pada waktu pagi. 

“Kajian menunjukkan individu yang bersenam pada waktu pagi secara konsisten akan cenderung untuk melakukan sesuatu perkara dengan baik,” kata Dr. Cedric Bryant, Ketua Pegawai Sains di Majlis Senaman Amerika di San Diego.

Selain itu, bersenam pada waktu pagi juga dapat mendedahkan kita kepada cahaya matahari yang membantu menghasilkan Vitamin D yang baik untuk kulit dan tubuh badan.

 

Bersemangat waja dan bermotivasi

Kita dapat lihat, individu yang bangun pagi sentiasa mendapat suntikan semangat yang tinggi. Impaknya dapat memberikan motivasi dalam diri untuk memulakan rutin harian seperti kerja atau menghantar anak ke sekolah. 

Mood positif akan menyerap ke dalam diri dan ia amat penting kerana memberi kesedaran bahawa anda sudah bersedia dengan lebih awal untuk memulakan hari anda berbanding mereka yang bangun lewat.

Bagi yang sudah berkeluarga, ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjadi contoh kepada anak-anak. Apabila anak-anak melihat ibu bapa mereka bersemangat untuk bangun pagi, mereka pasti ikut sama.

Contoh positif lain yang dapat kita lihat adalah dalam kalangan anggota tentera. Kebiasaannya sebelum waktu subuh mereka sudah bangun dan berbaris untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Ia memberikan semangat yang waja dan motivasi tinggi kerana bangun pagi adalah satu persiapan fizikal dan mental yang diterapkan untuk berdisiplin tinggi seperti di dalam ketenteraan.

 

Pintu Rezeki Terbuka

Bagi yang beragama Islam pasti sering kali mendengar kata-kata bahawa bangun pagi akan membuka pintu rezeki. 

Menurut Hadis Riwayat at-Tabrani dan al-Bazzar, Rasulullah SAW bersabda, “Bangunlah pada pagi hari untuk mencari rezeki dan keperluan-keperluan hidupmu. Sesungguhnya pada pagi hari, terdapat berkat dan keberuntungan.”

Sebagai umat islam, bangun pagi sudah kita amalkan dek kewajiban mengerjakan solat subuh. Tanpa kita sedari juga, setiap pergerakan dan tertib solat subuh juga menjadi satu senaman ringan pada tubuh badan kita. 

Para peniaga berbangsa Cina percaya pintu rezeki akan terbuka luas pada waktu pagi dan lazimnya mengatakan bahawa perniagaan yang dibuka pada awal pagi akan memberikan tuah kepada mereka. - Getaran, 29 Oktober 2021

Semua gambar hiasan: Pexels dan Unsplash

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pick Up Line' Dalam Ceramah Motivasi, Matlamat Tak Halalkan Cara!

3

TARA 2 tahun yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kesihatan, Pendidikan Terus Terima Peruntukan Terbesar Belanjawan 2024 - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Gaya 18 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN