web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jemaah Umrah Teruja Kembali Jejak Ke Tanah Suci

Jemaah tersebut yang merupakan kumpulan pertama berpeluang mengerjakan umrah selepas kebenaran diberikan kepada rakyat Malaysia berkuat kuasa 18 Oktober lepas.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 8:16AM

Gambar: Twitter @HaramainInfo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Impian 11 jemaah Malaysia menunaikan ibadah umrah akhirnya tercapai selepas tertangguh hampir dua tahun susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Arab Saudi sehingga memaksa penutupan pintu sempadan.

Jemaah tersebut yang merupakan kumpulan pertama berpeluang mengerjakan umrah selepas kebenaran diberikan kepada rakyat Malaysia berkuat kuasa 18 Oktober lepas, meluahkan rasa gembira dan teruja kerana tidak menyangka akan dijemput awal ke tanah suci Makkah dan Madinah.

Berkongsi pengalaman itu, pelakon Ashraf Muslim, 40, yang kini berada di Tanah Suci, berkata beliau telah mempersiapkan diri bagi menjalani ibadah tersebut dengan norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“Kita sendiri sudah terbiasa dengan peraturan SOP di Malaysia.  Walaupun di sini (Arab Saudi) ada SOP tertentu, ia banyak membantu jemaah dalam konteks umrah dalam norma baharu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ashraf yang telah menunaikan ibadah haji pada 2019 serta berpengalaman beberapa kali menjejakkan kaki di Tanah Suci sebelum pandemik COVID-19, turut berkongsi berkenaan penggunaan aplikasi Eatmarna yang diperkenalkan kerajaan Arab Saudi bagi memudahkan urusan beribadah dan membolehkan jemaah membuat tempahan tempat lebih awal.

Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

Jelasnya aplikasi itu digunakan bagi membuat tempahan tempat termasuk untuk menunaikan solat lima waktu di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, menziarahi kawasan Raudah dan makam Nabi Muhammad SAW selain membantu pemantauan keselamatan serta melancarkan pendaftaran jemaah.

“Umpamanya kalau masuk ke kawasan Raudah, dulu sebelum ada SOP kita akan bersesak dengan bilangan jemaah yang ramai, tapi dengan aplikasi Eatmarna dapat mengawal jumlah jemaah dalam satu-satu masa.

“Kalau tidak buat tempahan awal kita tidak dibenarkan solat dan perlu menunggu tempahan baharu dibuka,” katanya.

Bagi perunding kewangan Nurfadzilah Abd Rahim, 38, yang lama menyimpan hasrat menunaikan ibadah umrah tidak menyangka pengalaman kali pertamanya mengerjakan ibadah itu dijalani dengan pematuhan SOP.

Nurfadzilah yang berasal dari Kuantan, Pahang berkata pemakaian pelitup muka diwajibkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi manakala solat berjemaah kini pada kapasiti penuh dan tiada lagi penjarakan fizikal.

 “Perasaan saya bercampur baur antara sedih dan gembira, niat mahu bercuti selepas rentas negara dibenarkan tapi Allah jemput saya ke sini dulu (Tanah Suci),” katanya. 

Turut  berkongsi perasaan sama, Shafwan Ramli, 27, yang menyifatkan peluang tersebut sebagai rezeki berganda memandangkan ia bukan sahaja kunjungan kali pertamanya ke Tanah Suci, malah menjadi antara rakyat Malaysia terawal dapat menunaikan umrah selepas lama ditutup kerana wabak COVID-19.

“Saya dapat tawaran mengerjakan umrah ini agak cepat apatah lagi ini pengalaman pertama saya, jadi pengetahuan dan persediaan itu tidak banyak. Alhamdulillah menerusi bimbingan mutawif segala urusan telah dipermudahkan,” katanya yang turut teruja berpeluang solat bersebelahan makam Nabi Muhammad SAW. - Bernama

Isu Pada

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Teliti Sungguh Cara Basuh, Ini Rupanya Cara Air ZamZam Disediakan

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN