Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


5 Aktiviti Paling Lazim Sambut Maulidur Rasul Di Sekolah

Mengimbau kenangan sambutan Maulidur Rasul pada zaman persekolahan suatu ketika dahulu. Pernahkan anda laluinya juga?

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 4:44PM

Gambar Hiasan dari Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Maulidur Rasul 2021 hampir tiba. Setiap tahun kita menyambut Maulidur Rasul bagi memperingati tarikh kelahiran Rasulullah Nabi Muhammad SAW.

Seperti kita tahu, sambutan Maulidur Rasul yang sepatutnya diadakan di Axiata Arena, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil  tahun lalu telah dibatalkan akibat penularan pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia. 

Maulidur Rasul tahun ini (1443H) akan disambut pada 19 Oktober 2021 dan merupakan cuti umum di Malaysia.

Jika kita lihat beberapa tahun yang lalu, sambutan yang meriah telah diadakan di hampir setiap sekolah di Malaysia apabila menjelang Maulidur Rasul. 

Kebanyakan sekolah akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul sehari dua sebelum tarikh cuti pelepasan am yang diberikan. 

Pelbagai aktiviti dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memeriahkan sambutan ini.

Mari kita imbau kembali lima aktiviti yang sering diadakan di sekolah untuk sambutan Maulidur Rasul suatu ketika dahulu.

 

Perarakan Di Sekitar Kawasan Sekolah

Gambar: skkjenderis5033.blogspot.com
Gambar: skkjenderis5033.blogspot.com

Ramai pelajar terutamanya di peringkat Sekolah Rendah Kebangsaan (SK) mahupun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) pasti akan mempunyai pengalaman dalam aktiviti perarakan di sekitar kawasan sekolah bersama rakan-rakan dan guru-guru. 

Sambil memperagakan baju kebangsaan seperti baju Melayu dan baju kurung, perarakan juga sudah pasti diiringi dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW secara beramai-ramai. Laungan daripada suara pelajar-pelajar ketika berselawat sudah tentu mengimarahkan semangat sambutan Maulidur Rasul.

 

Pertandingan Kain Rentang Terbaik

Gambar: skkjenderis5033.blogspot.com
Gambar: skkjenderis5033.blogspot.com

Tidak lengkap perarakan Maulidur Rasul jika tiada kain rentang yang cantik dibawa berarak bersama. Sesetengah sekolah menjadikan kain rentang yang dibawa semasa perarakan sebagai satu pertandingan bagi memperlihatkan bakat seni yang ada pada pelajar.

Guru besar serta guru kanan sekolah kebiasaannya akan menjadi juri pertandingan ini untuk memilih kain rentang terbaik yang direka oleh pelajar.

 

Pertandingan Nyanyian Nasyid

Gambar: pusatsumbersksb.blogspot.com
Gambar: pusatsumbersksb.blogspot.com

Selain itu, pertandingan nasyid amat sinonim dengan sambutan Maulidur Rasul. Kebiasaannya, pelajar akan dipilih oleh guru mereka untuk menyertai pertandingan nyanyian ini. Latihan akan dijalankan satu atau dua minggu sebelum hari sambutan. 

 

Pertandingan Hafazan

Gambar: jpwpl.gov.my
Gambar: jpwpl.gov.my

Tidak ketinggalan, pertandingan hafazan juga menjadi satu kewajiban bagi sesetengah sekolah kerana ini adalah salah satu cara pihak sekolah mencungkil bakat menghafaz para pelajar.

Acara ini sering kali menguji pelajar menghafaz surah Yassin dan beberapa surah lain seperti surah Al-Baqarah. Dari segi penjurian, bukan sekadar mengingati seluruh ayat, malah pemarkahan juga diambil dari segi bacaan taranum dan lain-lain.

 

Majlis Jamuan Sekolah

Gambar: pkokurikulum.blogspot.com
Gambar: pkokurikulum.blogspot.com

Selepas tamat aktiviti perarakan, pihak sekolah akan menyediakan juadah jamuan secara percuma untuk seluruh warga sekolah. Antara hidangan lazim adalah mi sup, kuih-muih dan minuman. 

Jamuan juga diadakan untuk meraikan semangat menyambut hari bersejarah bagi umat islam ini.

 

Sambutan Maulidur Rasul Kini

 Ketua Guru KAFA Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ismail Ibrahim Mohd Nordin
Ketua Guru KAFA Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ismail Ibrahim Mohd Nordin

Menurut salah seorang Ketua Guru KAFA Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Putrajaya, Ismail Ibrahim Mohd Nordin, “Perarakan yang dilaksanakan oleh para pelajar masih relevan sekarang, bukan sahaja untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul, malah bagi memperingati bahawa Nabi Muhammad SAW adalah nabi kita yang terakhir dan paling istimewa yang dicipta oleh Allah SWT.”

Tambahnya, “Pada musim pandemik ini, kita berkemungkinan menghadapi risiko yang tinggi jika melaksanakan perarakan berikutan kes jangkitan yang masih tinggi.

“Apa yang saya boleh cadangkan, gunakan teknologi yang sedia ada dan adakan acara selawat secara live di platform digital di peringkat sekolah, negeri mahupun kebangsaan. - Getaran, 15 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 hari yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY