Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Amalkan 6S Adab Belajar Dalam Talian Ketika Pandemik COVID-19

Penularan wabak COVID-19 telah membuka ruang kepada norma baharu di dalam dunia pendidikan bagi memastikan keselamatan nyawa pelajar, para guru dan warga pendidikan.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Sep 2021 2:47PM

Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Umum mengetahui bahawa menuntut ilmu adalah satu jihad dalam Islam bagi membebaskan manusia dari belenggu kejahilan.

Bahkan, dengan menuntut ilmu juga, pola berfikir dan tindakan seseorang dapat ditingkatkan ke arah yang lebih positif.

Ilmu yang berkat adalah cahaya di dalam hati supaya menjadikan manusia jauh dari kejahilan dan kesesatan serta sekali gus dapat mengenal Sang Penciptanya. 

Mutakhir ini sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat di seluruh pelosok dunia tentang isu penularan wabak COVID-19 termasuk Malaysia.

Situasi ini telah membuka ruang kepada norma baharu di dalam dunia pendidikan bagi memastikan keselamatan nyawa pelajar, para guru dan warga pendidikan.

Lantaran itu, telah tercetus secara meluas penggunaan teknologi dan pelbagai aplikasi yang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian.

Berbagai aplikasi yang sebelum ini berkemungkinan jarang sekali digunakan sewaktu kelas secara kehadiran fizikal tetapi kini semakin rancak dimanfaatkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam talian seperti Telegram, Whatsapp, Zoom, Webex, MS Teams dan sebagainya.

Jikalau sebelum ini terasa amat janggal untuk memanfaatkannya, akan tetapi semenjak pandemik ini, pengajaran dan pembelajaran dalam talian sudah dinormalisasikan dan menjadi keperluan dalam dunia pendidikan masa kini. 

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Selari dengan itu juga, budaya baharu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam talian telah menimbulkan pelbagai kejutan kepada para pendidik dan para pelajar.

Terdapat segelintir pelajar yang tidak mengambil berat tentang adab-adab belajar semasa berada di dalam kelas secara talian. Di antaranya, mereka tidak menumpukan perhatian terhadap pelajaran yang disampaikan guru, bahkan tidak mengendahkan guru yang sedang mengajar.

Kadangkala mereka tidak memberi respons terhadap soalan dan panggilan guru mereka semasa sesi pembelajaran.

Ada juga kalangan pelajar yang tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dan mereka tidak hadir ke kelas kelas di samping terdapat segelintir yang lambat mengikuti kelas dengan 1001 alasan. 

Senario yang berlaku ini menunjukkan bahawa pelajar tidak hormat kepada para guru dan tidak memberikan kerjasama yang penuh untuk menjayakan sesi pembelajaran dalam talian.

Sekali gus komunikasi sehala di antara para pelajar dengan guru adalah salah satu tanda kurangnya adab. Kerjasama dan komunikasi adalah sangat penting, tambahan lagi ketika pembelajaran secara dalam talian.

Demi melancarkan proses pembelajaran, selain daripada kerjasama, para pelajar juga perlu membuat persediaan awal.

Terdapat juga pelajar yang tidak membuat persediaan sebelum memulakan kelas, maka proses pembelajaran akan terganggu dan akan secara tidak langsung juga menunjukkan adab yang kurang terhadap gurunya. 

Bertitik tolak dari senario tersebut, perlunya penerapan adab dalam proses pembelajaran dalam talian agar pelajar tahu dan faham apa yang boleh dilakukan dan apa yang dilarang semasa sesi berlangsung.

Amalan 6S adab dalam menuntut ilmu ini boleh dipraktikkan oleh mereka yang berada dalam talian bagi melancarkan proses pembelajaran dalam talian. Di antaranya adalah:

 

Saling kenal-mengenali

Asas utama dalam komunikasi dalam talian. Ini kerana suasana pembelajaran akan lebih hangat dengan perkenalan antara guru dan pelajar-pelajarnya.

Elakkan menggunakan nama samaran dan gunakanlah nama yang sebenar di semua aplikasi di samping tukarlah gambar profil kepada wajah yang sebenar.

Jika diminta untuk memaparkan wajah ketika berinteraksi, bukalah paparan kamera agar guru dapat melihat keadaan dan wajah pelajar. Dengan ini dapat membantu para guru mengenalpasti keadaan emosi dan kefahaman pelajar.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

 

Saling fokus dan bersedia

Penumpuan yang sepenuhnya akan menghasilkan kefahaman yang baik semasa pembelajaran.

Seeloknya bersedialah sebelum kelas sama ada dari segi mental dan juga fizikal dengan berpakaian menutup aurat dan sesuai dengan situasi menuntut ilmu.

Apabila para pelajar telah bersedia secara mental dan fizikal, maka mereka akan lebih fokus dalam sesi pembelajaran. Secara langsung dapat membantu guru memberi fokus kepada pelajar dengan baik, bukan sekadar melepaskan batok di tangga.

 

Saling hormat-menghormati

Penghormatan kepada guru sangat penting dalam menuntut ilmu. Pelajar tidak boleh berbuat bising atau menunjukkan tingkah laku yang kurang ajar, bahkan mereka perlu memberikan respons yang sewajarnya kepada guru ketika guru bertanya.

Ini kerana dengan respons pelajar, para guru dapat memastikan pelajar memahami subjek tersebut dan sedang mengikuti proses kelas tersebut.

Selain itu, elakkan penyalahgunaan platform rasmi pembelajaran dalam talian sebagai tempat untuk menjual dan berkongsi pautan atau gambar-gambar yang tidak bersesuaian dengan pembelajaran. 

 

Saling berkomunikasi

Berkomunikasi adalah tindakan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelajar yang hadir secara bersemuka.

Sebagai makhluk yang hidup, komunikasi yang berlaku menunjukkan guru dan pelajar wujud secara serentak dalam talian. Jika tidak, ibarat guru sedang menyampaikan ilmu kepada dinding kosong.

Sekiranya pelajar ada soalan kepada guru, tulislah dengan menggunakan ayat yang jelas dan elakkan ayat yang samar-samar dan pesanan yang terlalu ringkas kerana mungkin mengganggu proses pembelajaran.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

 

Saling mendukung

Dalam proses pembelajaran dalam talian, setiap pihak perlu saling mendokong agar mereka dapat bersama-sama menjayakan sesi pembelajaran.

Guru boleh memberi kata perangsang kepada pelajar dan membangkitkan motivasi dan pelajar mengungkapkan ucapan terima kasih dan menggunakan emoji yang bersesuai sebagai reaksi kepada guru.

Dengan itu, setiap pihak akan rasa kehadiran masing-masing dan berfungsi baik dalam kelas secara dalam talian. Ini kerana ketika pandemik COVID-19, setiap pihak terkesan sama ada di pihak guru mahupun pelajar. 

 

Saling memaafkan dan berlapang dada

Adab ini sangat penting dalam melancarkan proses pembelajaran. Sikap memaafkan dan berlapang dada penting sama ada di pihak guru ataupun pelajar.

Kadangkala komunikasi tanpa suara atau tanpa mimik wajah dan secara tulisan boleh menimbulkan salah faham dan salah tafsiran.

Sebagai guru, maafkanlah kesilapan pelajar dan sebagai pelajar, cuba ikhtiarkan untuk meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kepada guru ketika sesi akhir pembelajaran dalam talian. Dengan kemaafan ini, kehidupan para guru dan pelajar akan lebih tenang dan damai. 

Jelasnya, menjadi insan atau pelajar yang berilmu dan beradab adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Maka, jadilah insan dan pelajar yang berilmu dan beradab walaupun proses pembelajaran berlaku secara dalam talian.

Hormatilah para guru dan muliakanlah ilmu dengan menjaga adab berguru supaya sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

Dalam hal ini, Nabi SAW bersabda: "Belajarlah kamu semua, dan mengajarlah kamu semua, dan hormatilah guru-gurumu, serta berlaku baiklah terhadap orang yang mengajarkanmu." (HR Tabrani). 

Intinya, usahlah disebabkan kurangnya adab para pelajar terhadap guru sewaktu pembelajaran dalam talian lantas menyebabkan guru tersebut berkecil hati.

Demi mendapatkan kejayaan dunia akhirat, keberkatan seorang guru adalah mutiara bagi seorang pelajar.

Baginda SAW telah bersabda: “Bukanlah dari kalangan umatku mereka yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, mereka yang tidak menyayangi anak-anak kecil, dan mereka yang tidak memberikan hak kepada guru kami. (Riwayat Ahmad).

Jelas sekali, adab terhadap guru adalah aspek yang sangat serius dan perlu diberi perhatian oleh para pelajar sama ada semasa sesi pembelajaran secara fizikal mahupun dalam talian.

Semoga kita mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu. - Getaran, 3 September 2021

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 21 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran