web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menjana Pendapatan Melalui Penstriman Langsung, Apakah Hukumnya?

Menjawab persoalan ‘streamer’ memperolehi wang melalui ‘live streaming’ mengikut pandangan syarak.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2021 9:10AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dewasa ini, orang ramai terutamanya golongan belia mengorak langkah dalam menjadikan live streaming atau dalam bahasa Melayunya, penstriman langsung sebagai kerjaya.

Khusus berkaitan hukum menjana duit daripada platform dalam talian ini, perlu difahami terlebih dahulu perkara asas yang biasa dilakukan oleh penstrim (streamer). 

Antara medium terkenal yang menjadi lubuk penstrim untuk menjana wang ialah melalui laman Twitch, Facebook Gaming dan YouTube Gaming.

Untuk menjana pendapatan secara berterusan, penstrim perlu mendapatkan seberapa banyak mungkin sumbangan stars dan subscribers dalam pelbagai cara.

Antaranya seperti mempromosikan bakat dan kemahiran bermain, memperlihatkan personaliti atau selalu berinteraksi secara langsung dengan penonton dan peminat. 

Ada antara mereka yang telah berjaya menjadi selebriti terkenal dan menjana pendapatan hampir puluhan, bahkan ratusan ribu setiap bulan. 

Seterusnya menimbulkan persoalan apakah hukum menjana pendapatan hasil daripada aktiviti penstriman langsung ini? Khususnya bagi mereka yang melakukannya sepenuh masa. 

 

Hiburan di sudut pandang Islam 

Saudara Encik Saiful Adlie dari meja Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerangkan pada awalnya hiburan adalah diharuskan di dalam Islam melainkan terdapat perkara yang mengubahnya daripada harus kepada haram. 

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Hanzalah RA, sabda Nabi SAW:

يَا حَنْظَلَةُ سَاعَةً وَسَاعَةً وَلَوْ كَانَتْ تَكُونُ قُلُوبُكُمْ كَمَا تَكُونُ عِنْدَ الذِّكْرِ لَصَافَحَتْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُسَلِّمَ عَلَيْكُمْ فِي الطُّرُقِ ‏‏

Maksudnya: “Wahai Hanzalah! Ada masa untuk urusan keduniaan, ada masa untuk beribadah. Dan jika hati kamu sentiasa sama seperti kamu sedang mengingati Allah SWT, para malaikat akan bersalam denganmu dan memberi salam kepadamu di pertengahan jalan”

Riwayat Muslim (2750)

Umumnya, hukum bermain permainan video adalah harus jika bermain dengan kadar yang berpatutan. Namun Encik Saiful Adlie menegaskan jika bermain secara berlebihan kerana terdapat unsur-unsur membuang masa, maka ia jatuh makruh. 

Bahkan hukumnya boleh menjadi haram sekiranya penstrim itu melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh syarak serta meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang Muslim seperti meninggalkan solat atau melawan ibu bapa kerana tidak mahu berhenti bermain. 

 

Penelitian hukum syarak

Ini berdasarkan dua hujah dan alasan:

1 -  Asal sesuatu perkara khususnya bidang muamalat adalah harus selagi mana tiada dalil lain yang menunjukkan sebaliknya. Keharusan asal sesuatu perkara dalam bidang muamalat diperakui oleh majoriti ulama termasuk Imam al-Syafie Rhm. 

2 – Kerajaan Malaysia juga mengiktirafnya sebagai e-sport dan menjanjikan peluang pekerjaan bagi generasi akan datang. Maka hukum menjana duit melaluinya mengambil hukum yang sama seperti pekerjaan lain (dalam talian) yang seumpama dengannya. 

 

Kesimpulan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melihat hukum menjana pendapatan melalui penstriman langsung secara maya adalah harus

Namun, Encik Saiful Adlie menasihatkan agar para penstrim mengimbangi waktu mereka bermain dan bekerja dengan tuntutan mereka sebagai Muslim tanpa mengabaikan solat, tanggungjawab keluarga, menjaga adab dan aurat serta lain-lain.

Kegagalan untuk mengambil berat aspek-aspek ini boleh mengubah status keharusan tersebut kepada hukum makruh bahkan boleh jatuh haram. 

Sekiranya mereka mengabaikan waktu solat, bertutur tidak sopan, menonjolkan aurat untuk menarik penonton dan lain-lain perkara yang dilarang oleh Syarak. – Getaran, 27 Ogos 2021

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN