web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ketepikan Perbezaan Politik, Fokus Tangani COVID-19

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 5:21PM

Wan Junaidi Tuanku Jaafar

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sebarang pertelingkahan berasaskan politik perlu diketepikan ketika ini, bagi membolehkan usaha menangani pandemik COVID-19 dibuat dengan lebih serius.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, semua parti politik perlu mengenepikan perbezaan dengan memberi sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik semalam.

Beliau yang jug Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, semua pihak diharapkan dapat memberi kerjasama yang tidak berbelah-bahagi,  khususnya semasa penubuhan barisan Kabinet dan berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri.

"Saya menyeru agar semua parti politik negara ini menerima pelantikan dibuat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja dengan hati terbuka.

"Kita mesti memberi sokongan kepada kerajaan untuk menangani sepenuhnya krisis COVID-19, sekali gus pulih daripada kemelut ekonomi," katanya di sini hari ini.

Dr Abdul Rahman Junaidi
Dr Abdul Rahman Junaidi

Sementara itu, Naib Presiden PBB, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pula melahirkan harapan untuk melihat jurang pembangunan di Sarawak selari dengan semua negeri di Semenanjung Malaysia.

"Sejak Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri, permintaan utama Sarawak adalah tuntutan terhadap hak kami  yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Kerajaan Sarawak tidak pernah berhenti daripada menuntut kembali hak yang hilang termasuk melibatkan hasil negeri ini seperti minyak dan gas," katanya.

Abdul Rahman juga berharap, pentadbiran Ismail Sabri dapat memberikan perhatian terhadap sekolah daif yang menjadi masalah utama di luar bandar, selain pembangunan Lebuhraya Pan Borneo yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

Gerald Rentap Jabu
Gerald Rentap Jabu

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda PBB, Gerald Rentap Jabu percaya pelantikan Perdana Menteri kesembilan itu dapat memberi 'nafas baharu' dalam pentadbiran negara, sekali gus mengeratkan lagi hubungan persekutuan dan Sarawak.

"Dengan pelantikan ini, Pemuda PBB berharap agar Datuk Seri Ismail diberi peluang dan ruang untuk menggubal dasar dan perancangan dalam menangani krisis COVID-19 dan ekonomi demi kemaslahatan semua," katanya.

Idris Buang
Idris Buang

Sementara itu, Ketua Penerangan PBB, Datuk Idris Buang berkata, pemilihan Ismail Sabri adalah satu keputusan yang tepat.

"Beliau bukan sahaja mempunyai sokongan majoriti dalam kalangan wakil rakyat, bahkan  paling layak dari segi aspek senioriti sebagai mantan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kanan Pertahanan serta berpengalaman luas, selain memiliki latar belakang seorang peguam.

"Untuk menerajui pentadbiran negara di kala pandemik Covid-19 masih di kemuncak, ia adalah satu cabaran yang cukup besar," katanya. - Getaran, 21 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad