Berita Terkini

12 minit yang lalu: Budak 3 tahun maut ditikam di Sydney 12 minit yang lalu: KKM jamin bantu hantar doktor, jururawat ke Johor - Exco 2 jam yang lalu: Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) terima pakai resolusi kutuk ujian peluru berpandu Korea Selatan 2 jam yang lalu: Lebih 46,000 penduduk di Selatan Jepun diarah pindah akibat Taufan Mawar 2 jam yang lalu: Kebimbangan kemelut hutang AS dorong Bursa Malaysia dibuka rendah dan berhati-hati

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Sebagai Calon PM Seperti Penghinaan Kepada Agong

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 6:02PM

Ismail Sabri - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ia satu perkara yang pelik bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh menganggap dirinya sebagai calon untuk menjadi perdana menteri bila beliau menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menggantung proses demokrasi dan malah seperti mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dengan pernyataan berkanun sedang ditandatangani untuk mencadangkan beliau sebagai perdana menteri seterusnya, pengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedang mempersoalkan kenapa rakyat cuma ada satu pilihan dan ia adalah calon dari kerajaan yang gagal.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata pencalonan Ismail Sabri sebagai perdana menteri mesti dibantah oleh semua Ahli Parlimen.

“Ismail Sabri sebagai seorang anak Pahang langsung tidak kelihatan mempertahan institusi Raja Berperlembagaan tatkala kenyataan Istana Negara 29 Julai lalu merakamkan rasa amat dukacita KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas tindak-tanduk ahli Jemaah Menteri yang ingkar titah perkenan Seri Paduka Baginda untuk membahas dan memutuskan Ordinan-Ordinan Darurat di Parlimen.

“Memandangkan Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen, maka DS Ismail Sabri turut terlibat dalam keputusan Jemaah Menteri untuk tidak melaksana titah perkenan Seri Paduka Baginda tersebut,” kata Fahmi dalam satu kenyataan.

“Adakah ini tingkah laku seorang pemimpin yang patut diikuti, terutama oleh Ahli-Ahli Parlimen yang amat kuat mempertahankan institusi Raja Berperlembagaan?” tanyanya.

Fahmi menambah yang Ismail Sabri juga harus dipertanggungjawabkan untuk semua polisi yang gagal, prosedur operasi standard (SOP) dan segala tindak tanduk yang dilakukan dalam situasi pandemik sekarang.

“Oleh itu, mereka yang menyokong seorang Ahli Parlimen seperti DS Ismail Sabri hanya menyokong diteruskan kegagalan Perikatan Nasional,” kata Fahmi, menambah yang Malaysia memerlukan tampuk pimpinan baharu.

Peguam dan aktivis Syahredzan Johan gusar jika Ismail Sabri, yang juga merupakan menteri kanan (pertahanan), dilantik menjadi perdana menteri, ahli Kabinet sekarang yang gagal untuk menguruskan pandemik ini dan berdepan dengan impaknya kepada ekonomi negara, juga akan kembali

“Jika Ismail Sabri menjadi PM, kesemua ahli Kabinet juga mungkin akan kembali. Adham Baba, Radzi Jiddin, Rina Harun, Azmin Ali dan lain-lain,” ciap Syahredzan yang juga merupakan setiausaha politik kepada Lim Kit Siang.  

Ahli Parlimen Balik Pulau dari parti PKR Muhammad Bakhtiar Wan Chik menegur Ismail Sabri yang melobi untuk jawatan itu tanpa malu.

“Saya terkejut melihat Ismail Sabri dengan tanpa malu melobi untuk mengganti Muhyiddin sebagai perdana menteri bila beliau meletakkan jawatan,” kata bekas timbalan menteri pelancongan itu dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

“Baik dia atau mana-mana anggota Kabinet sekarang - yang berdiri bersama Muhyiddin - layak mendapat penghormatan jawatan itu,” ciap Bakhtiar. - Getaran, 15 Ogos 2021

Sorotan

1

Sam Rainsy Sudah Tinggalkan Malaysia – Wisma Putra

2

Bayi Lelaki Dihurung Semut Di Hentian Bas

3

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Hargai Kepercayaan Arab Saudi Teruskan Program Mecca Route - Zambry

Semasa 1 hari yang lalu

Bila Kerajaan Mahu Tubuh RCI Tommy Thomas, Harap Tidak Wujud Konspirasi

oleh Aiman Sadiq

Semasa 15 jam yang lalu

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lagi Ditahan, Jumlah Tangkapan Kes Gaduh Di Tampoi Kini 14 Orang