web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Letak Jawatan Sebagai PM Esok - Sumber

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2021 12:49PM

Muhyiddin mengumumkan perkara ini kepada pada satu mesyuarat pada pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menawarkan diri untuk meletak jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok.

Seorang sumber memberitahu The Vibes yang Muhyiddin mengumumkan perkara ini di mesyuarat pagi tadi di ibu pejabat Perikatan Nasional di Publika.

Difahamkan beberapa Ahli Parlimen BERSATU tidak akan menyokong sesiapa daripada UMNO untuk menjadi pengganti Muhyiddin.

Ini selepas beliau terdahulu mengatakan yang mereka daripada kluster “mahkamah dan kleptokrat” UMNO tidak boleh dibenarkan untuk mengetuai kerajaan.

Pada Rabu, beliau dilaporkan telah memberitahu Kabinetn tentang keinginannya untuk meletakkan jawatan, tetapi berubah fikiran dua hari kemudian. 

Semalam, dilaporkan beberapa pegawai kementerian telah mengosongkan pejabat mereka, menunggu perletakkan jawatan oleh perdana menteri.

Pada Jumaat, Muhyiddin membuat cubaan terakhir untuk mendapat sokongan daripada pihak pembangkang dengan menjanjikan beberapa pembaharuan dengan syarat beliau kekal sebagai perdana menteri selepas undi percaya dalam parlimen.

Pembaharuan tersebut termasuk peruntukan yang sama bagi semua Ahli Parlimen, lebih banyak perundingan dengan penggubal undang-undang mengenai bil bekalan, dan mengimplementasikan Undi18.

Tidak lama selepas pengumuman tersebut dibuat, beberapa parti politik menolak tawaran Muhyiddin, dengan ada yang memanggilnya “rasuah di siang hari”.

Dalam satu kenyataan, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berterima kasih kepada Ahli Parlimen Pagoh itu kerana menyedari yang beliau sudah tiada lagi sokongan untuk berkhidmat sebagai perdana menteri.

Menjawab tuntutan Muhyiddin bahawa tidak ada anggota Parlimen lain yang memiliki majoriti, Zahid mengingatkannya untuk tidak “merebut kuasa Yang di-Pertuan Agong”.

Sentimen ini dikongsi oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan yang mendakwa Muhyiddin membelakangi fungsi Yang di-Pertuan Agong bersama Artikel 43(4) Perlembagaan Persekutuan. - Getaran 15 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 22 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 17 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad