web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tawaran PM Cubaan Terdesak Panjangkan Hayat Politik - UMNO

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 12:28PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO menyifatkan tawaran dikemukakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai sogokan terbuka dan terdesak untuk memanjangkan hayat politiknya.

Serentak dengan itu, mereka sepakat menolak tawaran dibuat secara langsung itu, yang menjemput semua pimpinan parti politik membincangkan tujuh cadangan rangka persefahaman rentas parti sekiranya usul undi percaya terhadap Perdana Menteri diluluskan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti berkenaan juga tidak boleh mempertimbangkan segala tawaran daripada Muhyiddin kerana beliau sudah hilang keabsahahan sebagai Perdana Menteri. 

“UMNO mengucapkan penghargaan atas pengakuan secara terbuka Ahli Parlimen Pagoh bahawa beliau sudah tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.

“Dengan pengakuan ini, Muhyiddin jelas sudah tiada lagi keabsahan untuk menjalankan tugas selaku Perdana Menteri yang sah sebagaimana Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Ahmad Zahid berkata, Muhyiddin yang berpegang kepada sumpah jawatan untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan tidak wajar merampas kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan urusan pelantikan Perdana Menteri.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menasihatkan rakyat bertenang sehingga Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melaksanakan tugas dan tanggungjawab Perlembagaan Baginda di bawah Perkara 40(2) untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat.

“UMNO merakamkan penghargaan setingginya kepada 15 Ahli Parlimen UMNO yang setia dan istiqomah mempertahankan pendirian parti untuk terus membela Institusi Raja dan Perlembagaan Negara,” katanya. - Getaran, 14 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad