Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mahdzir, Shahidan Bakal Dilantik Menteri?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 4:19PM

Shahidan Kassim, antara nama yang disebut-sebut bagi mengisi kekosongan jawatan Menteri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Shahidan Kassim dikatakan bakal dilantik sebagai Menteri dalam rombakan kabinet yang bakal dilakukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan peletakan jawatan beberapa menteri sebelum ini.

Dua sumber yang mengetahui akan perkara itu memaklumkan ia dijangka diumumkan pada waktunya, jika tiada sebarang perubahan pada saat-saat terakhir.

Bercakap kepada The Vibes, beliau berkata, Mahdzir, yang juga Naib Presiden UMNO, dijangkakan diberikan jawatan portfolio Tenaga Dan Sumber Asli, berikutan pengunduran Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah pada 3 Ogos lalu.

Jawatan berkenaan, dipercayai dipertimbangkan oleh Muhyiddin untuk menamakan Mahdzir memandangkan senioriti beliau dalam kedudukan parti serta penglibatan politik.

Malah tugasnya sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 2013 turut mempengaruhi Muhyiddin untuk memilih Ahli Parlimen Padang Terap itu.

“Untuk jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Mahdzir kemungkinan besar akan dilantik,'' kata sumber yang enggan dinamakan itu kepada The Vibes.

Selain menjadi Naib Presiden UMNO, Mahdzir juga adalah pengerusi bukan eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan pernah memegang jawatan utama di peringkat persekutuan serta negeri.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi Menteri Besar Kedah dari 2005 hingga 2008, dan memegang jawatan Menteri Pendidikan mulai Julai 2015 hingga Mei 2018.

Seorang lagi sumber, yang juga tidak mahu dinamakan berkata, Mahdzir kemungkinan besar akan dilantik ke Kementerian Tenaga dan Sumber Asli dan seorang lagi adalah Ahli Parlimen Arau, Shahidan yang akan dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, jika tiada sebarang perubahan.

Beliau yang juga bekas Ketua Perhubungan UMNO Perlis pernah memegang portfolio berkenaan antara Mei 2013 dan Mei 2018 serta menjaga hal ehwal Parlimen, tugas yang kini dipegang oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Shahidan akan memegang tugas sama, dan memaksa Takiyuddin ditukar ke kementerian lain atau diberikan portfolio berasingan.

Takiyuddin berdepan dengan kritikan selepas mengumumkan pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen, tanpa perkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Menurut sumber, Shahidan kemungkinan akan ditugaskan untuk menjaga Majlis Keselamatan Negara, yang pernah ditugaskan kepadanya ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Kedua-dua sumber berkenaan bagaimanapun tidak pasti siapa yang akan dilantik sebagai Menteri Pengajian bagi mengisi kekosongan selepas Datuk Seri Noraini Ahmad mengumumkan perletakan jawatan pada 6 Ogos lalu.

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan Muhyiddin telah mengenapasti dua Ahli UMNO untuk dilantik sebagai Menteri, sebagai sebahagian daripada rombakan kecil Kabinet.

Ia memetik sumber yang menyatakan bahawa dua menteri itu akan diberikan potfolio baru. Laporan itu juga menyatakan nama-nama Ahli Parlimen telah dikenalpasti namun sumber tidak mendedahkan maklumat, sementara menunggu persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

Jika perkara ini benar, maka pelantikan ini dibuat kurang sebulan sebelum undi percaya bagi menentukan keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri diadakan di Parlimen - The Vibes, 13 Ogos 2021

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Sik Dibasahi Hujan, Ribuan Iringi Perjalanan Terakhir ‘Adik Mad’

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk