web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Waktu Semakin Suntuk, Apa Pilihan Muhyiddin?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2021 9:34PM

Muhyiddin tidak mempunyai pilihan selain daripada meletak jawatan, sekiranya dititahkan Seri Paduka Baginda. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika tempoh pentadbirannya dilihat semakin menghampiri penghujung jalan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan sedang menimbangkan pelbagai pilihan.

Antara pilihan yang tersedia buat dirinya adalah meletak jawatan sebagai pemimpin dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), lapor The Vibes.

Langkah tersebut diyakini sedikit sebanyak mampu menyelamatkan legasinya.

Polemik itu turut mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membangkitkan isu bahawa Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat hari ini.

Difahamkan perkara ini telah di bangkitkan dalam satu surat rasmi daripada Baginda kepada Muhyiddin. 

Perdana Menteri sesungguhnya tidak mempunyai pilihan selain daripada meletak jawatan, sekiranya dititahkan Seri Paduka Baginda.

Ini selaras dengan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa, Perdana Menteri harus meletak jawatan jika beliau gagal mendapat keyakinan Dewan, atau memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum.

Sumber memberitahu, Istana Negara berpendapat bahawa Agong tidak lagi perlu menerima nasihat Muhyiddin, serentak dengan hilangnya sokongan majoriti terhadap beliau.

Muhyiddin dikatakan mengumumkan niat untuk meletak jawatan dalam mesyuarat kabinet hari ini, selepas menerima tekanan pelbagai pelbagai pihak dan terbabit dalam perselisihan faham bersama istana.

Perkara yang sama turut disampaikan kepada barisan pemimpin PN pada mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri petang tadi.

Bagaimanapun, sumber memberitahu, anggota Kabinet telah memujuk Muhyiddin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan beliau sepatutnya menguji sokongan terhadap dirinya di Parlimen, seperti yang telah dirancang sebelum ini.

Minggu lalu Muhyiddin mengumumkan,  beliau akan mengadakan undi percaya untuk menentukan jika masih memiliki kepercayaan Ahli Dewan Rakyat apabila Parlimen kembali bersidang bulan depan.

Tetap dengan tekanan yang semakin kuat, Perdana Menteri dipercayai akan mempercepatkan undi percaya itu seawal minggu hadapan.

Kabinet Muhyiddin juga menasihatkan beliau untuk mempertimbang kemungkinan membubarkan Parlimen dan memanggil pilihan raya umum jika tiada jalan lain.

Difahamkan Muhyiddin telah meminta pandangan beberapa teraju Suruhanjaya Pilihan Raya tentang mengadakan pilihan raya di tengah pandemik COVID-19 yang terus melanda negara.

Pilihan raya umum akan dipertimbangkan juga jika Muhyiddin gagal mengumpul sokongan yang cukup bila keabsahannya diletakan untuk undian di Parlimen.

Ini mungkin tidak akan berlaku jika Agong enggan membubarkan Parlimen, kerana pilihan raya umum perlu diadakan dalam 60 hari selepas Parlimen dibubarkan.

“Dengan ratusan nyawa melayang setiap hari, Agong tidak akan berkenan untuk membenarkan pembubaran,” kata seorang sumber Istana.

Mereka yang berada dalam bidang politik mengatakan bahawa situasi sekarang masih boleh berubah, dan segalanya boleh terjadi, terutama dengan kedudukan Muhyiddin yang tidak dapat dipertahankan.

Ini selepas lebih daripada sedozen Ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan mereka terhadap Perdana Menteri minggu lalu, yang menyebabkan beliau kehilangan kepercayaan dalam Parlimen.

Pagi tadi, The Vibes melaporkan Agong telah menzahirkan pendapat baginda berhubung sokongan kepada Muhyiddin dalam Parlimen.

Yang di-Pertuan Agong dikatakan berada di bawah tekanan untuk memecat Muhyiddin sekarang tetapi berhadapan dengan cabaran mengenal pasti calon Perdana Menteri seterusnya, apabila tiada Ahli Parlimen yang mendapat sokongan secukupnya bagi membentuk pemerintahan.

Antara yang menjadi sebutan adalah Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang boleh diterima dalam kalangan Diraja. - Getaran, 11 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

3

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad