web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Undi Percaya Cetus Krisis Berterusan - Pakar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 6:00PM

Muhyiddin ketika Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usul undi percaya hanya akan menyebabkan krisis dan konflik politik sedia ada berterusan, malah menimbulkan persoalan mengapa tindakan itu tidak disegerakan.

Pengumuman berhubung perkara itu oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam sedikit sebanyak mewujudkan ruang pertikaian dalam kalangan blok pembangkang dan rakyat, yang tidak mengerti mengapa isu sepenting ini seolah sengaja dilewatkan.

Rasionalnya jelas, polemik ini sepatutnya ditangani secara pantas serta tuntas.

Lebih membimbangkan, tindakan itu akan menyebabkan tercetus ketidaktentuan daripada segi politik yang membawa impak negatif kepada Malaysia, termasuk tanggapan negara luar dan pelabur asing.

Itu adalah antara kesan mungkin dihadapi kerajaan PN, pimpinan Muhyiddin apabila berani mengumumkan pelaksanaan undi percaya September depan.

Bagaimanapun, Penganalisis Politik yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata secara rangkumannya, pengumuman Perdana Menteri untuk membawa usul itu ke Parlimen adalah selaras dengan lunas undang-undang dan Perlembagaan.

Dr Jeniri Amir
Dr Jeniri Amir

“Membawa usul ini dengan kembali ke Parlimen adalah tepat kerana Parlimen sebagai badan tertinggi dapat menentukan sokongan dan memutuskan secara muktamad sama ada beliau (Muhyiddin) masih layak untuk menjadi Perdana Menteri atau tidak.

“Selagi perkara (usul) ini tidak dibawa ke Parlimen, selagi itu akan berlaku ketidaktentuan dan menggugat kedudukan beliau, jadi parlimen adalah tempat terbaik untuk memuktamadkan secara tuntas keabsahan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri walaupun ada sedikit persoalan, mengapa ia tidak disegerakan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau diminta mengulas mengenai pengumuman dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih menerima kepercayaan majoriti barisan Ahli Parlimen untuk terus mentadbir negara.

Pengumuman itu dibuat Muhyiddin menerusi sidang media secara maya selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi semalam.

Sementara itu, Pakar Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, langkah Muhyiddin itu diharap dapat memberikan gambaran jelas dan sahih berkaitan keabsahan beliau serta kerajaan PN.

 Dr Muhammad Fathi Yusof
Dr Muhammad Fathi Yusof

Katanya, proses pengundian di Parlimen adalah kaedah terbaik untuk menilai tahap kehilangan sokongan, sekali gus dapat memudahkan Seri Paduka Baginda untuk membuat ketetapan.

“Tempoh sebulan sebelum menjelang pengundian usul undi percaya itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya kerajaan dan semua pihak untuk memberikan tumpuan kepada usaha menangani COVID-19,” katanya.

Mengulas isu sama, Penganalisis Politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi pula berkata, usul undi percaya Perdana Menteri menerusi Dewan Rakyat tidak sepatutnya dilewatkan sehingga September depan, sebaliknya dilakukan lebih awal bagi mengelakkan krisis dan konflik politik berpanjangan.

Jelasnya, isu percaya atau tidak terhadap kepimpinan Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepatutnya dilakukan sejak pembentukan PN kerana kejatuhan parti politik pemerintah sebelum ini tidak dilakukan secara demokrasi atau melalui Dewan Rakyat.

 Dr Awang Azman Awang Pawi
Dr Awang Azman Awang Pawi

“Rentetan isu terbabitlah menimbulkan krisis berpanjangan yang menyebabkan suasana ini berlaku sedemikian rupa.

“Sama juga keadaannya apabila Parlimen ditutup, rakyat tidak ada medium untuk mereka bersuara, maka mereka menggunakan media sosial untuk bersuara sehingga mencetuskan konflik,” katanya.

Selain itu, Awang Azman berkata, tempoh kira-kira sebulan sebelum pengundian diadakan nanti dipercayai akan membantu Perdana Menteri mencari pendekatan untuk mengukuhkan kelompangan kekosongan beliau.

“Ini termasuk beliau akan berusaha mendapatkan kembali sokongan atau mungkin dengan lebih baik,” katanya. - Getaran, 5 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 21 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 17 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad