web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Timbul Isu Derhaka Terhadap Agong -  Annuar Musa

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 7:46AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan membenarkan sebarang bentuk penderhakaan berlaku ke atas Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Ia susulan isu penderhakaan kerajaan terhadap Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah, berhubung pembatalan ordinan darurat yang sepatutnya dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, apa yang mahu dilakukan Takiyuddin di Dewan Rakyat ialah memaklumkan pendirian dan keputusan Kabinet tanpa memperincikan proses sebenar, iaitu masih menunggu perkenan Agong.

"Pada 21 Julai, keputusan dibuat dalam mesyuarat Kabinet berhubung pembatalan Ordinan Darurat. Pada 22 Julai pula, Peguam Negara menyiapkan draf ordinan (pembatalan). Kemudian pada 23 Julai, Perdana Menteri mengutus warkah kepada Agong.

"Seterusnya pada 24 Julai, Agong menitahkan Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang menghadap Baginda. Pada 25 Julai pula adalah hari Ahad dan pada 26 Julai sidang Parlimen bermula dan di situlah Menteri Undang-Undang (Takiyuddin) didesak pembangkang untuk mengetahui pendirian kerajaan, dan beliau memaklumkan perkembangan terbaru," katanya dalam satu kenyataan menerusi video di Facebook.

Menurut Annuar, Agong berhak memberi pandangan balas atas setiap keputusan kerajaan dan sekiranya ada perbezaan dalam kaedah untuk menamatkan kuatkuasa ordinan darurat, ia masih boleh dirunding dan dibincangkan.

Beliau turut menyangkal dakwaan wujudnya penderhakaan kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memohon maaf kepada Agong sekiranya apa yang disampaikan di Parlimen telah menimbulkan kekeliruan, dan ia boleh diperjelaskan.

"Jadi, di mana penderhakaannya?.

"Perlu diketahui, pada pagi Jumaat itu Perdana Menteri sekali lagi menghadap Agong sebelum mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet,” katanya lagi.

Sementara itu, Annuar turut menjelaskan bahawa proses pembatalan Ordinan Darurat sedang berjalan mengikut peraturan biasa.

Khabar angin tersebut tegasnya, hanya bertujuan untuk mengeruhkan dan mempolitikkan lagi keadaan.

“Kerajaan pada awalnya berada dalam keadaan serba salah apabila Raja-raja Melayu memutuskan agar tiada keperluan darurat disambung selepas 1 Ogos.

"Waktu kita isytihar darurat kes Covid-19 ialah 3,000 kes, (sekarang) 17,000 kita disuruh tamatkan darurat. Tetapi kerana tidak mahu derhaka, kerajaan bincang perkara itu," jelasnya.

Khamis lalu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa dukacita dengan pengumuman pembatalan Ordinan Darurat di Parlimen.

Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsudddin menerusi satu kenyataan rasmi.

Untuk rekod, tempoh darurat yang bermula pada 11 Jan lalu sepatutnya berakhir hari ini, namun ditamatkan lebih awal tanpa mendapat perkenan Seri Paduka Baginda. - Getaran, 1 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 22 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad