web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menteri UMNO Desak Muhyiddin Berundur

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 5:13PM

Beberapa kenderaan dipercayai membawa Menteri Kabinet, meninggalkan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini berdepan tekanan daripada Menteri UMNO untuk meletak jawatan, susulan kenyataan Istana Negara bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melahirkan rasa dukacita apabila kerajaan bertindak membatalkan Ordinan Darurat sedangkan ia masih belum diperkenankan.

Tadi, beberapa kenderaan dilihat berada di kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon mengumumkan untuk menangguhkan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat sehingga 12.30 petang.

''Menteri UMNO memberitahu beliau supaya meletak jawatan. Beliau adalah liabiliti. Beliau dituduh 'derhaka' dan rakyat boleh melihatnya,'' kata seorang sumber kepada The Vibes.

''Ini adalah masa bagi UMNO untuk menjauhkan diri daripada beliau.''

Satu lagi sumber memberitahu, jika Muhyiddin meletak jawatan di tengah-tengah krisis kesihatan, ekonomi dan politik negara, UMNO berkemungkinan akan mendapat kedudukan nombor satu dan dua, dengan jawatan nombor dua kini dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dan disebalik ramai yang mengharapkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, ia bertentangan dengan dasar parti memandangkan Ahli Parlimen Sembrong itu tidak memegang jawatan utama dalam UMNO.

''Bagaimanapun ia tidak dilihat sebagai sesuatu yang baik di mata masyarakat kerana keseluruhan kerajaan dilihat sebagai bersekongkol untuk mengelirukan Dewan Rakyat, malah menentang Yang di-Pertuan Agong,'' kata sumber.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melahirkan rasa dukacita apabila kerajaan bertindak membatalkan Ordinan Darurat sedangkan ia masih belum diperkenankan.

Titah baginda, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Parlimen pada Isnin lalu juga tidak tepat dan mengelirukan ahli Dewan Rakyat.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Perkara 150(2B) dibaca dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda. - Getaran, 29 Julai 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 16 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad