Berita Terkini

7 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 8 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 8 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 8 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 8 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Panjangkan Tempoh Sidang Khas Dewan Rakyat - Anwar Ibrahim

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 12:16PM

Anwar Ibrahim ketika menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Majlis Parlimen Ke-14 di Parlimen pada 27 Julai. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memohon jumlah hari persidangan khas Dewan Rakyat yang dijadualkan berakhir 2 Ogos ini dipanjangkan.

Dalam permohonan dikemukakan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, Anwar turut meminta penambahan ke atas jumlah Ahli Parlimen yang dibenarkan berbahas.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kedua-dua permohonan terbabit dibuat kerana ramai Ahli Parlimen tidak dapat menyatakan pandangan mengenai pelbagai isu, terutama membabitkan COVID-19.

“Ramai Ahli Parlimen tidak dapat menyatakan pandangan kerana masa amat terbatas, selain kerana ketetapan yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai COVID-19.

“Saya minta pertimbangan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk berbincang dengan menteri untuk menambah jumlah hari kerana beberapa isu seperti pendidikan dan kesihatan tak dapat dibahas secara terperinci,” katanya pada Sidang Khas Mesyuarat Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, mengikut Peraturan Mesyuarat 12 (1), kuasa meminda tempoh persidangan bukan tertakluk kepada budi bicara menteri berkaitan, bukan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Justeru, permohonan Anwar itu kemudiannya dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang memaklumkan masa dan hari persidangan tidak akan ditambah susulan saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Saya ingin ingatkan kembali, pada 26 Julai kita (dewan) bersidang, Yang Dipertua sudah memanggil satu mesyuarat yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa menteri, manakala di sebelah sana (pembangkang), beberapa Ahli Parlimen juga menghadirinya.

“Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah yang turut hadir memberikan dua cadangan atau opsyen, iaitu pertama, persidangan Parlimen ini tidak boleh diadakan terus sebab dalam keadaan biasa kalau 77 orang disahkan positif COVID-19, itu sudah Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD).

“Bagaimanapun, beliau meminta mengehadkan kehadiran Ahli Parlimen pada satu masa dan hadkan masa, malah sepatutnya pembangkang maklumkan semula kepada speaker berapa orang dan sampai pukul berapa mereka mahu cadangkan kehadiran Ahli Parlimen, tetapi sampai hari ini, saya rasa rakan-rakan kita di sebelah sana tidak maklumkan,” katanya.

Kenyataan Takiyuddin menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa Ahli Parlimen pembangkang kerana disifatkan sebagai tidak benar.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail  mempersoalkan kenyataan itu dengan mengatakan Takiyuddin tidak seharusnya berkata demikian tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Tak semua diketahui Menteri sebab saya sendiri yang jumpa speaker esoknya (27 Julai) dan benda paling bahaya adalah kita cakap apa kita tidak tahu,” katanya.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Steven Sim Chee Keong pula meminta Takiyuddin tidak memutar belit fakta.

“Menteri jangan putar belit fakta, menteri selalu putar belit fakta,” katanya. - Getaran, 29 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Anwar Puji Sikap Hun Sen Yang Hormati Kaum Muslim

2

Semasa 10 jam yang lalu

Tidak Timbul Soal PM Tidak Dialu-Alukan Di Arab Saudi - Penganalisis

3

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia, Kemboja Tingkatkan Kerjasama Dalam Pelbagai Sektor

4

Semasa 13 jam yang lalu

Rang Undang-Undang Kesalahan Seksual Kanak-Kanak Dibentang Di Dewan Rakyat

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Haram Peniaga Jual Makanan Hangit, Basi - Mufti

oleh Susan Albert

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia, Kemboja Tingkatkan Kerjasama Dalam Pelbagai Sektor

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Penyewa Lelaki Terlibat Kes Penemuan Puluhan Bangkai Kucing

Semasa 1 hari yang lalu

PM Adakan Lawatan Rasmi Ke Kemboja Esok