web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


K’jaan Tidak Nasihat Agong Lanjut Darurat - Takiyuddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 1:22PM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pelanjutan darurat, yang dijadual tamat pada 1 Ogos ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata kerajaan juga memutuskan untuk membatalkan ordinan-ordinan yang dibuat semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa.

“Saya ingin sahkan hari ini, dan saya tertakluk (pada peraturan) kalau saya bercakap tidak benar, bahawa kerajaan Persekutuaan memutuskan untuk tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat yang baharu apabila (ia) tamat pada 1 Ogos nanti.

“Kerajaan juga telah buat keputusan berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembangaan Persekutuan untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat yang telah dibuat semasa proklamasi darurat, maka isu ungkai atau annulment tidak lagi relevan… enam ordinan direvoke (batal) berkuat kuasa 21 Julai 2021,” katanya tanpa menyatakan enam ordinan terlibat.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan yang dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai hala tuju mesyuarat khas Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini.

Terdahulu, sebelum penerangan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula, Anwar mempersoal keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menolak usulnya yang memohon agar Parlimen membolehkan Proklamasi Darurat dan ordinan-ordinannya serta hal berkaitan pandemik, vaksinasi, perbelanjaan dan PPN dibahaskan.

Anwar turut mempersoal jaminan kerajaan sama ada darurat akan ditamatkan mengikut tarikh yang ditetapkan atau dilanjutkan.

Pengumuman pemansuhan enam ordinan itu mencetuskan situasi tegang apabila beberapa Ahli Parlimen daripada blok pembangkang, antaranya Lim Guang Eng (PH-Bagan) dan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) mempersoalkan keputusan berkenaan.

Gobind berkata pemansuhan itu sepatutnya dibawa ke Dewan Rakyat seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 150 Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Proklamasi Darurat atau apa-apa ordinan yang dimasyhurkan hendaklah dibentang kepada kedua-dua Majlis. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Sedia Isytihar Darurat Jika Cuaca Panas Melampau

2

Politik 3 tahun yang lalu

Isu Surat RoS Putuskan Usul Tambahan UMNO Tidak Sah, Saifuddin Sila Jawab!

3

Politik 3 tahun yang lalu

PAS Ingin ‘Bunuh’ UMNO: Kenyataan Mohamad Tidak Masuk Akal

4

Politik 3 tahun yang lalu

Puad Pertikai Hamzah Dilantik Ketua Pembangkang, ‘Dia Pemusnah Hebat’

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan