Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tuduhan Seleweng Dana BERSATU Tidak Munasabah, Bermotif Politik - Syed Saddiq

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 8:25AM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyelewengan dana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berjumlah RM1.2 juta adalah satu tuduhan yang tidak munasabah dan jelas bermotifkan politik.

Menegaskan perkara itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pendaftaran BERSATU digantung buat sementara pada 3 April 2018, sedangkan penyelewengan dana terbabit dikatakan berlaku sekitar 8 hingga 12 April tahun yang sama.

Menurut beliau, serentak penggantungan, akaun bank milik parti dan semua program berkaitan yang disusun turut terhenti.

“Jabatan Pendaftaran Pertubuhan mengambil tindakan itu setelah BERSATU gagal mengemukakan dokumen dan butiran mesyuarat agung tahunan sebagaimana yang dikehendaki.

"Program menjana dana ketika itu dilakukan atas kapasiti peribadi sebagai calon kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),  dan bukan atas tiket BERSATU," katanya secara langsung di Facebook dan Instagram, malam tadi.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, keterlibatannya dalam arena politik adalah bagi membersihkan dunia tersebut dari najis rasuah dan gila kuasa, yang selama ini begitu sinonim dengan pentadbiran negara.

Susulan pertuduhan di mahkamah jelasnya, beberapa ahli politik lain juga dijangka menjadi sasaran siasatan rasuah.

“Ketika saya disiasat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya nak maklumkan, akan ada ramai Ahli Parlimen akan dipanggil oleh pihak berkuasa untuk disiasat.

“Mereka dijadual dipanggil esok, manakala usaha untuk memanggil beberapa lagi yang lain ditangguhkan. Pesan saya kepada Ahli Parlimen lain, supaya jangan pernah menyerah pada ugutan.Jangan pernah takut, jika benar dan tak bersalah. Percaya kepada mahkamah dan hakim untuk bersihkan nama kita,” tegasnya.

Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu turut mengingatkan rakan seperjuangan lain agar tidak mudah tunduk dengan ugutan menjelang pembukaan semula sidang Parlimen.

"Jika ini berlaku, kita akhirnya akan mula menyokong atau melompat bagi pembangkang. Kita ada prinsip dan maruah. Sama ada kerajaan atau pembangkang, jujurlah kepada prinsip anda.

“Saya tiada rumah yang mewah, kereta mewah, jam mewah. Saya juga tiada akaun bank di luar negara atau bawah proksi. I am what you see,” tegasnya.

Syed Saddiq semalam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menyalahgunakan dana BERSATU bernilai RM1.12 juta dan penyelewengan wang sumbangan kempen PRU14 berjumlah RM120,000. 

Sebutan semula kes ditetapkan pada 10 September nanti, selepas beliau mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi. - Getaran, 23 Julai 2021.

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Akaun Instagram Keluar Kenyataan Simbah Asid Pemain Bola Adalah Palsu – Polis

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Pokok Tumbang Sempat Diajar Mengucap – Saksi

Semasa 3 jam yang lalu

Liga Malaysia Diteruskan Dengan Jaminan Keselamatan

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Kekal Pendirian Tak Benar Syarikat Berdaftar Di Israel Jalan Aktiviti Dalam Negara