web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Haniff Khatri Fail Saman Tuntut RM12.5 Juta Daripada BERSATU

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 2:29PM

Haniff Khatri - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam Haniff Khatri Abdulla telah memfailkan saman terhadap BERSATU bagi menuntut yuran guaman yang tidak dibayar berjumlah RM12.5 juta.

Tuntutan tersebut juga dibuat terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Mohamed Saleh Bajuri, yang juga memegang jawatan sebagai bendahari.

Hanif mengemukakan writ pada 17 Julai.

Dalam tuntutannya, beliau berkata wang yang dituntut adalah untuk khidmat guaman sebelum BERSATU ditubuhkan sehingga ia menarik diri dari gabungan Pakatan Harapan (PH) dan seterusnya menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Dari 2015 hingga 2016, plaintif (Haniff) berkhidmat sebagai peguam berjuang menggunakan undang-undang menentang kleptokrasi, rasuah dan salah guna kuasa oleh Perdana Menteri pada masa itu iaitu Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya.

“Jadi, berdasarkan falsafah ideologi yang sama plaintif dipanggil oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk memberi nasihat guaman berkenaan dengan undang-undang mengenai pembentukan dan pentadbiran sebuah parti politik.

“Individu berkenaan secara langsung atau tidak langsung telah melibatkan plaintif dan menggunakan khidmat guamannya,” kata kenyataan tuntutan tersebut.

Antara khidmat yang didakwa telah diberikan oleh Haniff kepada parti itu adalah perkara berkaitan pendaftaran BERSATU dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), menguruskan kes-kes mahkamah bagi pihak parti dan juga isu-isu berkaitan penglibatannya dalam Pilihan Raya Umum ke-14.

Haniff berkata khidmat guamannya dihentikan pada 24 Februari tahun lalu selepas “Langkah Sheraton” yang menyebabkan Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan membawa kepada pembentukan PN yang merampas kuasa daripada PH.

“Justeru plaintif memohon khidmat guaman kepada BERSATU yang berakhir pada 24 Februari 2020, apabila BERSATU mencabuli perjanjian dengan komponen Pakatan Harapan untuk menubuhkan kerajaan

“Dan, BERSATU juga tersasar daripada objektif asalnya untuk mempertahankan hak orang Melayu melalui satu pentadbiran yang beretika dan berintegriti bila ia membentuk pakatan dengan Barisan Nasional (BN), yang terkenal dengan rasuah, salah guna kuasa dan amalan kleptokratiknya,” tambah kenyataan itu.

Haniff berkata pada 11 Januari, satu invois telah dikeluarkan kepada BERSATU, Muhyiddin dan Hamzah.

“Peringatan telah dihantar pada 16 Februari kepada Salleh dan satu lagi yang bertarikh 5 Mac kepada Muhyiddin supaya defendan boleh mengambil langkah proaktif untuk memproses bayaran yang berjumlah RM12.5 juta kepada plaintif.

“Pihak defendan memilih untuk berdiam diri dan tidak pernah menolak isi kandungan invois tersebut.” - Getaran, 22 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 2 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad