Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pemilih Baharu Bertambah 6 Juta, Manfaatkan Pengundi Muda - Pakar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 8:45AM

Dr Jeniri Amir

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peningkatan hampir enam juta pemilih baharu dalam kalangan orang muda ketika ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin oleh parti politik, termasuk menampilkan lebih ramai golongan itu sebagai calon pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Berdasarkan senarai daftar pemilih baharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 24 Mei lalu, seramai 5.94 juta pengundi dilaporkan berumur antara 21 sehingga 39 tahun.

Senarai dikeluarkan suruhanjaya itu pada suku pertama 2021, turut menyaksikan pertambahan kira-kira setengah juta pengundi baharu, menjadikan keseluruhan pemilih layak mengundi sekiranya PRU diadakan pada tahun ini kepada 15,361,052. 

Jika pendaftaran secara automatik pengundi 18 tahun dilaksanakan pula, dijangkakan 7.8 juta pengundi baharu akan muncul sehingga penggal Parlimen tamat pada 2023, yang keseluruhannya merekodkan 23 juta pemilih berdaftar.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, peluang terbabit perlu direbut parti politik sebaik mungkin, memandangkan jumlah pengundi muda yang ramai itu dijangka menjadi penentu hala tuju kemenangan dan tampuk kepimpinan.

“Sememangnya ini (jumlah pengundi muda) adalah angka yang cukup besar dan tidak dinafikan mereka memainkan peranan dan pengaruh penting dalam menentukan siapa bakal berkuasa pada PRU akan datang,” katanya ketika dihubung Getaran.

Beliau berkata, cabaran utama yang harus diberi perhatian bagi memenangi jiwa dan memperoleh sokongan pengundi muda, adalah dengan merangka pendekatan khusus untuk menarik perhatian atau memenuhi keperluan golongan itu, serentak dengan percambahan ideologi pelbagai aliran politik ketika ini.

“Ini menuntut pendekatan komunikasi dan pemasaran politik yang ampuh serta sesi libat urus intensif bersama golongan itu melalui pelbagai kaedah,” katanya.

Jeniri berkata, situasi negara yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19 menyebabkan parti politik berdepan hambatan besar, apabila tidak dapat bersemuka dengan pengundi muda untuk mendekati golongan terbabit.

Mengulas lanjut beliau berkata, naratif itu sebaliknya boleh disampaikan melalui media sosial berbanding kaedah konvensional yang sering diguna pakai.

“Bersesuaian sikap agak kritis pengundi muda terhadap politik sedia ada dalam mempamerkan imiginasi dan kehendak, golongan ini perlu ditampilkan sebagai calon PRU dalam satu jumlah signifikan untuk meraih sokongan mereka.

“Ini boleh dilakukan dengan mengenengahkan calon dalam kalangan usia itu yang memiliki nilai kepimpinan menyerlah, kewibawaan tinggi, berkelayakan dan semangat mengagumkan untuk menarik penyokong muda, seterusnya menentukan prestasi parti politik dalam PRU,” katanya.

Ditanya apakah aspek perlu dititkberatkan dalam menarik minat pengundi muda untuk memberikan sokongan, Jeniri berkata perkara itu boleh diketahui dengan menyelami apa yang tersirat di sebalik pemikiran, perasaan, aspirasi dan sentimen Zach golongan tersebut.

“Isu paling dekat dengan golongan muda, terutama ketika ancaman COVID-19 adalah mereka mahukan peluang pendidikan dan ekonomi lebih baik, antaranya keupayaan membeli rumah, peluang pekerjaan bersesuaian, menambah kemahiran serta bagaimana parti pemerintah boleh membantu meningkatkan pendapatan mereka.

“Parti politik sedia ada harus mengambil berat terhadap nasib golongan muda ini, jangan abaikan mereka dan berusahalan memenuhi segala harapan,” katanya.

Dr Mohd Izani Mohd Zain
Dr Mohd Izani Mohd Zain

Sementara itu, Penganalisis Politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain menyuarakan ulasan senada apabila berpendapat, pengundi muda memiliki potensi untuk menentukan hala tuju negara, sekiranya mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan membuat pilihan tepat serta bijak. 

Justeru, katanya, suara golongan itu perlu didengari parti politik dalam apa jua dasar, terutamanya berkaitan keputusan dilaksanakan kerajaan.

Bagaimanapun, jelasnya, parti politik perlu bersikap jujur terhadap pengundi muda dan tidak boleh memanipulasi mereka dengan janji manis yang tidak mampu dilaksanakan.

“Hal itu berlaku sebelum ini apabila mereka (pengundi muda) dijanjikan dengan pendidikan percuma, sedangkan apabila menjadi kerajaan, janji itu tidak ditunaikan, jadi jangan menipu hanya semata-mata mahukan undi golongan berkenaan,” katanya. 

Mohd Izani menarik perhatian, parti politik harus memanfaatkan keberadaan golongan muda untuk kepentingan masa depan negara, bukan hanya melihat mereka sebagai ‘pemberi undi’ semata-mata.

“Apabila had umur mengundi dikurangkan kepada 18 tahun, parti juga harus mengenalpasti apakah inisiatif untuk menarik penyertaan anak muda dalam politik.

“Tentukan inisiatif ini demi masa depan mereka dan negara, berbanding sekadar menjadikan golongan terbabit sebagai penonton politik semata-mata,” katanya. - Getaran, 22 Julai 2021

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Luar Negara 17 jam yang lalu

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

Semasa 1 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

Semasa 1 hari yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos