web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jemput Peguam Negara Jika Mahu Sidang Khas Dewan Rakyat Bermakna - Azalina

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 5:55PM

Azalina berkata kehadiran peguam negara itu perlu bagi menghilangkan keraguan Ahli Parlimen berhubung isu semasa yang bakal dibentangkan. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun perlu dijemput menghadiri Sidang Khas Dewan Rakyat minggu depan, jika kerajaan benar-benar serius mahu menjadikan ia sebagai satu acara yang bermakna.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kehadiran figura itu adalah perlu bagi menghilangkan keraguan semua Ahli Parlimen berhubung isu semasa yang bakal dibentangkan.

Menurut beliau, mengikut undang-undang Idrus tidak diwajibkan menjawab kepada Parlimen namun kehadirannya mampu menghuraikan rasional ordinan yang dikuatkuasakan sepanjang tempoh darurat.

“Beliau perlu hadir. Ahli Parlimen mempunyai banyak soalan yang masih belum dijawab. Tanpa kehadirannya siapa yang boleh memberitahu apakah rasional ordinan-ordinan yang dikuatkuasakan sepanjang tempoh darurat ini?

“Untuk mengurangkan kecurigaan ramai, khususnya perihal konflik kepentingan membabitkan tingkah laku Peguam Negara, beliau harus diberi hak supaya suaranya boleh didengari di Parlimen dan bukan menerusi pihak ketiga,” tegas Azalina menerusi satu surat terbuka di Twitter hari ini.

Sekadar rekod, Pengisytiharan Proklamasi Darurat telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilaksanakan bermula 12 Januari sehingga 1 Ogos tahun ini.

Dalam surat terbukanya itu, Azalina juga mencadangkan supaya kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) membentuk beberapa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sepertimana yang diperuntukkan dalam Aturan Mesyuarat 18.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua jawatankuasa tersebut boleh memainkan peranan seperti mencadangkan undang-undang untuk digubal atau menjadi pemantau kepada kementerian sedia ada.

“Apa yang kerajaan perlu buat adalah membentangkan usul dalam sidang khas akan datang ini untuk membentuk kesemua jawatankuasa itu secepat mungkin.

“Dana juga perlu disalurkan kepada jawatankuasa tersebut supaya Parlimen dapat menggajikan barisan pakar dan penganalisa untuk mengenal pasti segala isu yang membelenggu rakyat,” katanya.

Menurut beliau, ini adalah masa terbaik untuk kerajaan melaksanakan tugas mereka memulihkan kestabilan politik secara efisien.

“Tatkala hiruk-pikuk politik semakin berkumandang, tiada masa yang lebih baik untuk kerajaan melaksanakan tugasnya memulihkan kestabilan politik, dengan menjemput pemegang taruh bagi menyelesaikan isu negara menerusi kerangka parlimen,” katanya. - Getaran, 21 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Siasatan Kematian Kadet UTM Syamsul Haris Akan Dibuat Jika Perlu - AG

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad