web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Luah Rasa Kecewa, Sekretariat Solidariti Rakyat Tuntut PM Letak Jawatan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 5:21PM

Penunjuk perasaan membawa kain rentang memprotest pemerintahan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. - Gambar dari Twiter amirxabdhadi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi dituntut melepaskan jawatan, susulan kegagalan beliau mengepalai jentera pentadbiran menangani pandemik COVID-19 dengan berkesan.

Sekretariat Solidariti Rakyat yang mengemukakan tuntutan itu turut menggariskan dua perkara lain untuk dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia termasuk pelaksanaan sidang Parlimen secara penuh dan pemberian morotarium automatik kepada semua peringkat rakyat.

Semua perkara itu dinyatakan menerusi perhimpunan aman di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Perhimpunan penuh dramatik itu membawa bersama bungkusan seakan mayat dan 14 bendera hitam, simbolik kegagalan kerajaan.

“Mayat itu melambangkan jumlah kematian yang semakin tinggi dan kes bunuh diri semakin berleluasa manakala 14 bendera hitam merujuk kepada kemarahan rakyat di seluruh negara yang tidak dapat dinafikan apabila ciapan #Lawan, #KerajaanGagal, #KerajaanPembunuh dan #KerajaanBodoh tular di media sosial,” kata jurucakap sekretariat berkenaan.

Bungkusan mayat melambangkan jumlah kematian yang semakin tinggi dan kes bunuh diri semakin berleluasa. - Gambar dari Twitter takterqyira
Bungkusan mayat melambangkan jumlah kematian yang semakin tinggi dan kes bunuh diri semakin berleluasa. - Gambar dari Twitter takterqyira

Menurut beliau, ia adalah perlambangan jelas terhadap kemarahan rakyat yang sudah terlalu penat berhadapan sikap ego pemerintah.

Katanya, ketidakcekapan dan kecuaian kerajaan secara berterusan dalam mengendalikan penularan wabak COVID-19 serta kekerapan mereka mengubah keputusan sesuka hati mengakibatkan rakyat terus dibelenggu kekeliruan.

“Keputusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan kilang yang menjadi punca kluster COVID-19 terus beroperasi menyumbang kepada peningkatan jumlah kes di negara.

“Kerajaan seperti tidak ada pelan ke depan yang lebih strategik untuk membawa negara keluar daripada pandemik ini,” katanya.

Sekretariat terbabit turut menggesa semua rakyat mengenakan pakaian berwarna hitam sebagai perlambangan kepada rasa marah dan kecewa terhadap kerajaan PN. - Getaran, 17 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Ribuan Meriahkan Keretapi Sarong 2023, Semai Semangat Patriotik Sempena Hari Malaysia

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 40,000 Dijangka Meriahkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2023

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Siasat Peserta Perhimpunan Hadapan Sogo, Dataran

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95