Berita Terkini

1 jam yang lalu: Cabaran negara pada Terbuka Thailand berakhir 1 jam yang lalu: Video bayi perempuan dikasari berlaku di pusat jagaan di Batu Caves 1 jam yang lalu: Persijilan logo halal JAKIM tidak cakupi skop makanan ternakan - DVS 1 jam yang lalu: UMS hargai peruntukan RM3 juta atasi masalah air - Naib Canselor 1 jam yang lalu: RM44 juta untuk atasi masalah bekalan air di Rengit - Ranhill SAJ

IKUTI KAMI


Audio Tular: Tajuddin 'Selar' MKT, Silap Buat Keputusan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 12:54PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menerusi satu rakaman klip video yang tular, mengecam kepimpinan parti kerana menyimpang dari rancangan untuk menarik diri sepenuhnya dari kerajaan.

Suara mirip Tajuddin, menerusi mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi pada Rabu lepas, memberitahu keputusan menarik diri dari menyokong Perdana Menteri sahaja, bukan keputusan yang dibuat semasa perhimpunan agung UMNO pada bulan Mac. 

Beliau bagaimanapun berkata, kini bukan masa yang sesuai untuk UMNO menarik diri sepenuhnya dari kerajaan.

“Kita tidak bersetuju menarik diri (dari PN)? Semua orang bersetuju. Ahli majlis dan Parlimen bersetuju...semua bersetuju,'' katanya menerusi audio klip berkenaan.

Tajuddin berkata, beliau merasakan bahawa keputusan parti untuk menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah `langkah taktikal' setelah parti menyedari bahawa menarik sokongan kepada kerajaan `tidak dapat dilaksanakan'.

''Ini adalah perkara penting, PAU (Perhimpunan Agung UMNO) tidak menyatakan menarik sokongan kepada Perdana Menteri. PAU menyatakan menarik diri dari kerajaan. Dan kita semua bersetuju,'' katanya.

Klip berkenaan didedahkan selepas presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan UMNO tidak lagi menyokong Muhyiddin, dengan alasan kegagalan kerajaan dalam mentadbir negara.

Adakah UMNO mampu menghadapi pilihan raya tidak lama lagi?

Tajuddin, yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Salak MP, mengecam ketidaksediaan parti untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Beliau kedengaran mengetuk meja, menyoal anggota parti: ''Saya nak tanya anda sekarang, anda tahu status perlembagaan kita" Adakah anda bersedia untuk berdepan pilihan raya?''

''Saya beritahu data menunjukkan kita (UMNO) memerlukan satu tahun untuk perkuatkan jentera pilihan raya. Berapa banyak lagi senarai ini, kawasan Parlimen tidak bersedia.''

Beliau menambah, jentera parti memerlukan wang untuk bergerak, di mana parti tidak menyediakannya.

''Sehingga sekarang, kita tidak memberi mereka (wang). Mereka tidak boleh bekerja disebabkan tidak mempunyai wang. Tapi ada pemimpin yang meminta mereka mencari atau mengguna sendiri (wang).

''Ia lebih senang bercakap daripada melakukannya, realitinya kita memerlukan sokongan. Sokongan kewangan. Tanpa sokongan kewangan, kita tidak boleh bekerja,'' katanya.

Tajuddin memaklumkan kepada ahli majlis walaupun mereka bersetuju untuk tidak lagi menyokong Muhyiddin, parti perlu melihat perkara berkenaan secara teliti.

Ini kerana, katanya UMNO melakukan beberapa kesilapan dalam beberapa tahun lepas.

''Jangan biarkan keputusan kita membawa kepada kemusnahan UMNO. Saya tidak mahu perkara itu berlaku, tapi saya saya ingin berterus terang dengan anda. Banyak keputusan yang kita buat dulu, semuanya salah,'' katanya.

Beliau menambah, UMNO tidak dapat memastikan bahawa Muhyiddin akan disingkirkan kerana keputusannya seperti mana parti seperti DAP dapat memutuskan untuk menyokong Perdana Menteri, menjadikan langkah itu tidak berkesan.

Tajuddin juga menyelar majlis kerana tidak mengucapkan tahniah kepada Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak seperti ketua-ketua bahagian parti, dan menambah bahawa pelantikan Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri boleh membantu mengembalikan UMNO kepada jawatan berkenaan.

Dalam klip berkenaan, Tajuddin berkata, beliau telah lama menyokong Zahid, tapi kali ini berbeza. - The Vibes, 13 Julai 2021.

chastised the party’s apparent ill-preparedness in facing the upcoming general election.

If we pull our support (for PN), some of us will ask ‘what’s next?’. What’s going to happen? Do you want an election?”

Tajuddin is then heard knocking on a table, quizzing party members: “I want to ask you now, do you know the status of our constituencies? Are you ready to face the election?”

“I’m telling you that the data shows that you need another year to strengthen your election machinery.”

He added that the party machinery required funds to work, which the party had not provided.

“Until now we haven’t given them (any money). They cannot work because they have no money. But there are leaders who ask them to find or use their own (money).

“That’s easier said than done, the reality is that they need some support. Financial support. Without the financial support, they cannot work.”

‘Bad decisions’

Tajuddin told the council members that although they agreed to no longer support Muhyiddin, the party must consider the matter thoroughly.

He said this is because Umno has made several missteps over the past few years.

“Don’t allow our decision to lead to the destruction of Umno. I don’t want that to happen, but I will be very frank with you here. There are many decisions we made in the past (that have) all gone wrong. Gone wrong!

He added that Umno could not assure that Muhyiddin’s would be removed due to its decision as parties such as DAP could decide to back the prime minister, rendering the move ineffective.

Tajuddin also slammed the council for not congratulating its vice-president Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, unlike the party’s division chiefs, adding that Ismail Sabri’s appointment as deputy prime minister could help Umno see a return to a prime ministerial post.

In the clip, Tajuddin said he had been a long-time supporter of Zahid, but “this time, I beg to differ”. – The Vibes, July 13, 2021

Sorotan

1

Polis Rakam Keterangan Dr Mahathir

2

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

3

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Video Bayi Perempuan Dikasari Berlaku Di Pusat Jagaan Di Batu Caves

Sukan 14 jam yang lalu

Pearly-Thinaah Yakin Kekal Prestasi Baik Di Terbuka Singapura

Luar Negara 1 hari yang lalu

PM Lee Singapura Sekali Lagi Positif COVID-19

Semasa 11 jam yang lalu

Aktiviti Pemburuan Lebih Jejaskan Biodiversiti, TPM Fadillah Selar Lobi Antiminyak Sawit