web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Gagal? Wajar Tukar Pemimpin - Khaled Nordin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 3:09PM

Mohamed Khaled Nordin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika pentadbiran negara dilihat menemui kegagalan, adalah wajar untuk pertukaran kerajaan dibuat bagi memastikan kestabilan negara tidak terjejas 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut mempertahankan keputusan UMNO untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika negara berdepan dengan  pandemik COVID-19 yang semakin sukar dikawal.

Jelasnya, walaupun keputusan tersebut menerima pelbagai kritikan, namun, tidak ada pihak boleh menafikan bahawa tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang disenaraikan dalam UMNO sebagai asas untuk menarik diri, merupakan hakikat yang jelas.

“Kegagalan-kegagalan tersebut bukan sahaja fakta kritikal, malah sesuatu yang sebenarnya dapat dielakkan sekiranya Perdana Menteri atau PN bertindak pantas serta bersedia menimbangkan beberapa saranan UMNO.

“Memandangkan kita sudah berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan, persoalan yang lebih besar adalah, adakah desakan untuk menukar pemimpin negara dalam tempoh krisis sedang meruncing sesuatu yang munasabah atau bersifat pentingkan diri?" katanya.

Memberikan beberapa contoh, Khaled berkata, beberapa negara di dunia turut membuat perubahan ke atas barisan kepimpinan mereka semasa berdepan ancaman COVID-19.

"Januari lalu, Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte terpaksa meletak jawatan setelah Parti Italia Viva yang diketuai oleh Matteo Renzi keluar dari pakatan kerajaan, akibat kegagalannya menguruskan pandemik Covid-19, selain menyaksikan kegawatan ekonomi terburuk selepas Perang Dunia Ke-2.

"Pada Ogos tahun lalu pula, Menteri Kesihatan Poland dan Menteri Luar negara tersebut meletak jawatan setelah dikecam teruk atas kegagalan menguruskan pandemik ini," katanya.

Keadaan yang sama jelas Khaled, turut berlaku di Slovakia pada Mac 2021 apabila Presiden Zuzana Caputova telah menggantikan Perdana Menterinya, Igor Matovic dan menaikkan Menteri Kewangan, Edward Heger sebagai pengganti apabila negara tersebut merekodkan kadar kematian akibat COVID-19 antara tertinggi di dunia.

"Kesemua ini adalah antara contoh pertukaran pemimpin, sama ada secara sukarela mahupun dipecat atau akibat hilang sokongan semasa tempoh pandemik," katanya.

Khaled menarik perhatian, ada yang berpendapat bahawa politik harus diketepikan supaya tumpuan penuh dapat diberikan kepada pandemik COVID-19.

Namun baginya tanggapan itu tidak sepenuhnya tepat.

"Ini kerana optimisme tersebut berlandaskan andaian bahawa mereka yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan pandemik adalah kumpulan yang paling berkelayakan dan mampu membawa pemulihan yang diharapkan.

"Malangnya, dalam konteks penarikan sokongan UMNO kepada Perdana Menteri ini, sebaliknya yang berlaku. Perdana Menteri jelas gagal menguruskan pandemik COVID-19 dengan baik. Bukan sahaja keadaan ekonomi tidak pulih, darurat kesihatan negara terus meruncing dengan kritikal dan menakutkan," tegasnya.

Petugas barisan hadapan juga jelas beliau, sudah sangat kelesuan, malah sistem kesihatan negara mencecah kapasiti maksimum dan berisiko untuk lumpuh.

"Rakyat terhimpit dan tertekan. Paling penting, semua itu berlaku dalam tempoh perintah kawalan pergerakan yang berpanjangan dan darurat yang menyaksikan penggantungan institusi demokrasi seperti Parlimen.

"Penarikan sokongan UMNO ini diharapkan mampu menyedarkan PN terhadap semua kegagalan strategi diambil, dan adalah sangat dangkal untuk terus bertahan dengan pelan atau pendekatan yang diambil.

"Setelah menyaksikan defisit kepercayaan pemerintah yang ditunjukkan oleh gerakan berpusatkan rakyat seperti gerakan #benderaputih, seorang pemimpin baharu tentu dapat membawa harapan lain," katanya.

Ujarnya, penarikan sokongan itu juga memberi peluang untuk menilai kembali majoriti dimiliki Perdana Menteri di Dewan Rakyat.

"Oleh itu strategi, pendekatan dan rancangan yang lebih radikal berbeza diperlukan lebih daripada sebelumnya," jelasnya. - Getaran, 10 Julai 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran