web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Puad Zarkashi Yakin UMNO Bakal Tinggal PN

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 3:47PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO diyakini akan memuktamadkan keputusan untuk menarik semula sokongan yang diberikan ke atas Perikatan Nasional (PN) selama ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, beliau positif penarikan itu akan disusuli dengan tindakan meninggalkan kerajaan gabungan PN.

Menurut beliau, keputusan meninggalkan gabungan PN oleh UMNO dijangka berlaku sebelum 1 Ogos nanti.

“Saya percaya satu mesyuarat MT UMNO akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan situasi ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu berkata, terdapat spekulasi bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang berusaha membawa parti berkenaan keluar dari gabungan kerajaan, namun ditentang hebat oleh Ahli Parlimen UMNO sendiri.

“Majoriti ahli MT sebenarnya bersetuju dengan cadangan untuk keluar daripada PN dan saya yakin, langkah mengadakan semula sidang Parlimen tidak akan mengubah pendirian mereka.

“Alasan UMNO adalah jelas. Ia berpunca kegagalan kerajaan dalam serba-serbi perkara terutama dalam aspek mengurus ancaman pandemik dan ekonomi negara,” katanya.

Dakwa Puad, UMNO tidak mahu terpalit dengan kegagalan kerajaan PN, apatah lagi sikap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mendengar pandangan parti sebelum ini.

“Contoh jelas adalah gesaan bank menawarkan moratorium automatik dan pukal," katanya.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan mengadakan pertemuan dengan 37 Ahli Parlimen di bawah parti berkenaan.

Sumber memaklumkan 31 Ahli Parlimen UMNO memutuskan untuk tidak mematuhi keputusan MKT UMNO kerana ia bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang diadakan Mac lalu, setelah ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memutuskan akan menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) apabila Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan. - Getaran, 6 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 2 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 24 minit yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 15 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad