web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Agong Titah Azhar, Rais Yatim Menghadap Di Istana Negara

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 9:20PM

Istana Negara - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah menitahkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim untuk menghadap baginda bagi berbincang mengenai persidangan semula Parlimen sebelum darurat berakhir pada 1 Ogos ini.

Sumber politik dalaman memaklumkan The Vibes bahawa kedua-dua Speaker terbabit menerima jemputan tersebut semalam.

''Mereka telah dipanggil ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa ini, jam 11 pagi. Saya rasa Agong mahu berbincang mengenai pembukaan Parlimen sebelum darurat berakhir,'' kata sumber itu, yang enggan didedahkan.

Ia merupakan pertemuan terbaharu selepas beberapa siri pertemuan diadakan di Istana Negara.

Dua minggu lalu, pada 9 Jun, Seri Paduka Baginda telah menitahkan ketua pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu menghadap Baginda secara berasingan untuk membincangkan isu negara.

Baginda sebelum itu menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 8 pagi untuk mesyuarat pra-Kabinet.

Pada 10 Jun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, bekas Perdana Menteri dan juga pengasas Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, serta Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal turut memasuki Istana Negara.

Keesokannya, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MIC, Tan Sri S. Vigneswaran dan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Maximus Ongkili turut menghadap Baginda secara berasingan.

Pada 14 Jun pula, Agong telah mengadakan sidang video dengan Gabungan Parti Sarawak di Kuching, dan pada 15 Jun, Seri Paduka bertemu Tun Ariffin Zakaria iaitu Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Ia kemudiannya diikuti dengan mesyuarat khas Majlis Raja-raja pada 16 Jun.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

Bagaimanapun sehari sebelum titah Agong itu, Muhyiddin mengumumkan bahawa sidang Parlimen dijadualkan pada sekitar September atau Oktober. 

Kemudiannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah menyatakan bahawa pandangan yang dizahirkan Yang di-Pertuan Agong supaya persidangan Parlimen dibuat secepat mungkin, tidak memperincikan bila ia perlu diadakan dan sekitar September atau Oktober juga dilihat bertepatan dengan saranan 'secepat mungkin' yang dizahirkan Seri Paduka Baginda.

Ia membawa satu laporan polis yang dibuat terhadap Takiyuddin, dengan dakwaan `derhaka' terhadap titah Agong. - Getaran, 26 Jun 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 minit yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 15 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan