web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Perintah Menteri Putuskan Rayuan Pejuang Dalam 14 Hari

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 4:01PM

Hamzah Zainudin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin membuat keputusan berhubung rayuan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) untuk mendaftar parti itu dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membenarkan permohonan Pejuang untuk semakan kehakiman terhadap tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu.

Dalam penghakimannya, Ahmad Kamal berkata responden pertama (Menteri Dalam Negeri), tidak boleh mengambil masa terlalu lama untuk memutuskan rayuan tersebut kerana perkara yang terlibat tidak terlalu rumit dan berpendapat bahawa masa yang diambil oleh Menteri Dalam Negeri dalam memutuskan rayuan itu, kira-kira lima setengah bulan, dari 8 Jan, 2021, adalah melebihi masa yang diperlukan.

"Saya setuju dengan responden (Menteri Dalam Negeri dan RoS) bahawa adalah perlu bagi responden pertama untuk meneliti setiap rayuan sebelum membuat keputusan. Namun, berdasarkan fakta dan keadaan kes, masa yang diambil responden pertama untuk meneliti semakan rayuan mestilah masa yang munasabah atau sewajarnya.

“Dalam kes ini, saya berpendapat bahawa tidak ada masalah rumit yang terlibat dalam membuat keputusan. Alasan yang dikemukakan oleh responden pertama mengenai kesibukannya tidak kukuh. Responden pertama mempunyai pegawai untuk membantunya semua tugas-tugasnya, termasuk menyiapkan semua dokumen dan fail yang relevan untuk responden pertama memutuskan rayuan yang difailkan oleh pemohon (Pejuang)," katanya dalam penghakiman bertulis 32 halaman yang diperoleh media hari ini.

Ahmad Kamal berkata walaupun mengikut Akta Pertubuhan 1966 atau Akta Tafsiran 1948 dan 1967, responden pertama tidak dikehendaki memberikan anggaran masa tetapi tanpa jangkaan masa akan menyukarkan responden pertama mewajarkan masa yang diambil untuknya membuat keputusan pada masa yang munasabah.

“Bagi saya, jangka waktu yang tidak diketahui tidak boleh ditafsirkan sebagai masa yang wajar dalam kes ini. Responden berhujah bahawa terdapat 102 rayuan untuk responden pertama putuskan.

"Namun, tidak jelas bagi saya berapa banyak daripada 102 rayuan yang berkaitan dengan pendaftaran parti politik dan berapa banyak rayuan lain yang mempunyai tahap kepentingan dan mendesak yang memerlukan responden pertama mengambil tindakan lebih cepat untuk putuskan," katanya.

Beliau berkata walaupun ada kes dan rayuan lain untuk dipertimbangkan oleh responden pertama, masa yang diperlukan untuk memutuskan rayuan Pejuang tidak boleh terlalu lama kerana isu tersebut tidak melibatkan masalah yang rumit.

Hakim itu berkata adalah jelas bahawa responden pertama adalah satu-satunya orang yang akan membuat keputusan dan prosesnya tidak melibatkan orang lain yang perlu mengemukakan pandangan dan pendapat mereka, dan oleh itu proses membuat keputusan tidak memerlukan masa yang lama.

"Saya maklum, sebagai menteri, responden pertama mempunyai fungsi dan tugas lain, tetapi bagi saya tempoh lima setengah bulan tidak munasabah baginya dalam membuat keputusan itu," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 20 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad