web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Parlimen UMNO Hilang Keyakinan? Karut - Zahid Hamidi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 12:55PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa sekurang-kurangnya 25 Ahli Parlimen UMNO telah hilang keyakinan terhadap kepimpinannya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menyifatkan dakwaan Nazri itu seperti karut dan secara sinis menggambarkan ia sebagai cerita kartun.

“Hilang kepercayaan kepada MP lain? Cerita kartun,” katanya yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebelum ini mendakwa 25 Ahli Parlimen termasuk dirinya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO.

Nazri dalam pendedahan kepada Sinar Harian pada Selasa berkata, beliau merupakan 'mastermind' dalam mengumpulkan tandatangan surat akuan bersumpah (SD) ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk memberi sokongan terhadap Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bagaimanapun Nazri mengakui, gerakan mengumpul SD itu bukanlah bertujuan untuk menukar Perdana Menteri sebagaimana didakwa segelintir pihak.

Sebaliknya, beliau mendedahkan gerakan itu adalah semata-mata memberi mandat kepada Ahli Parlimen Sembrong berkenaan bagi menjadi jurucakap kepada 25 Ahli Parlimen BN sekiranya dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

"Yang 'sign' SD ini melibatkan 25 ahli Parlimen BN daripada keseluruhan 41 orang.

"Tujuannya disebabkan kami sudah hilang keyakinan terhadap ketelusan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mewakili parti sewaktu dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong tempoh hari," katanya. - Getaran, 24 Jun 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad