web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gagal Buka Parlimen Selepas 14 Hari, UMNO Belum Putuskan Tindakan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 2:27PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Safrien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bentuk tindakan yang bakal diambil UMNO sekiranya Perikatan Nasional (PN) masih tidak membuka sidang Parlimen selepas tempoh 14 hari belum dibincang dan dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi (MT) parti itu.

Naib  Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  tempoh 14 hari yang diberikan parti supaya kerajaan memulakan langkah membuka semula Parlimen adalah pandangan biro politik UMNO, bukannya Majlis Tertinggi.

“Tak ada. Kita tak bincang (bentuk tindakan),” katanya, ketika ditanya apakah UMNO akan keluar daripada kerajaan PN selepas tamat tempoh diberikan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan Keselamatan berkata, sebarang tindakan susulan masih belum diputuskan.

“Kalau tak adakan sidang Parlimen, apa akan jadi selepas 14 hari, tindakan (masih) tidak dibincangkan,” katanya lagi.

Jelas Ahli Parlimen Bera itu, titah Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen perlu dibuka ‘secepat mungkin’ telah ditafsir dengan pelbagai interpretasi, dan Biro Politik UMNO pula mentafsirkan tempoh berkenaan sebagai dua minggu lagi (14 hari).

“Itu pandangan biro politik UMNO ya, bukan Majlis Tertinggi. Dari segi dasar, yang boleh memutuskan adalah Majlis Tertinggi.

“Biro politik hanya mencadangkan, tetapi Majlis Tertinggilah yang akan memutuskan. Jadi cadangan (biro politik) UMNO supaya 14 hari diadakan persidangan (Parlimen),” katanya kepada media selepas melawat pesara tentera, Suria Mohamad, 59.

Ismail Sabri bertemu Suria Mohamad
Ismail Sabri bertemu Suria Mohamad

Video lelaki berkenaan bersama keluarganya yang dikatakan tinggal di bawah Jambatan Loke Yew sejak November 2019 tular, susulan laporan sebuah portal tempatan.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Zahidi dilaporkan berkata, UMNO memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memulakan langkah membuka Parlimen seperti yang dititahkan oleh Raja-Raja Melayu.

Menurutnya, kegagalan kerajaan berbuat demikian akan mendorong parti mengadakan mesyuarat khas MT bagi mencari tindakan sewajarnya.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini menzahirkan pandangan bahawa sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat. - 22 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad