web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PN Ada Masa 14 Hari Untuk Buka Parlimen - Zahid Hamidi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 1:08PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO memberi tempoh 14 hari kepada Perikatan Nasional (PN) memulakan sidang Parlimen seperti yang disyaratkan Raja-Raja Melayu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, PN tidak perlu berdolak dalih dengan istilah ‘secepat mungkin’ dan ‘segera’ yang digunakan di dalam kedua-dua kenyataan media, seperti dizahirkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu.

Menurut beliau, pendirian UMNO adalah jelas, iaitu kerajaan perlu menghormati titah baginda dan Raja-Raja Melayu yang lain.

"UMNO mendesak kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, untuk memanggil sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kenyataan ini,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kegagalan berbuat demikian akan mendorong parti berkenaan mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) bagi mencari tindakan sewajarnya.

“Kegagalan PN melaksanakan titah Raja-raja Melayu adalah satu penderhakaan dan tidak menghormati institusi istana," katanya.

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi, UMNO sebagai parti yang diasaskan untuk membela institusi Raja-Raja Melayu akan mengadakan satu mesyuarat khas MT jika PN gagal mengadakan sidang Parlimen seperti dititahkan.

Meskipun tidak menyatakan secara jelas apakah langkah lanjut yang akan diambil, panggilan mesyuarat khas MT boleh ditafsir sebagai permulaan untuk parti itu membuat tindakan drastik termasuk menarik diri daripada kerajaan.

Ahmad Zahid juga berkata, sidang Parlimen amat mustahak untuk diadakan bagi membawa pelbagai tuntutan dan harapan rakyat yang sedang kesempitan semasa menghadapi COVID-19.

Parlimen juga jelasnya, kata Ahmad Zahid boleh memastikan wujudnya akauntabiliti dalam pentadbiran kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini menzahirkan pandangan untuk Parlimen dibuka secepat mungkin.

Titah itu disuarakan baginda pada Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara minggu lalu.

Titah baginda, pembukaan semula Parlimen membolehkan semua ordinan berkaitan darurat dibahaskan. – Getaran, 21 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 minit yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 20 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 20 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish